BARU-baru ini, penyanyi berbakat besar, Ziana Zain dijemput sebagai tetamu dalam sebuah program bual bicara Next To Neelofa berkongsi kisah suka duka dalam rumah tangga.
ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻
@seorangnur Next To Neelofa ❤️ #neelofa #zianazain #nexttoneelofa #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Be Around Me (feat. chloe moriondo) – Will Joseph Cook & chloe moriondo
Perkongsian itu telah membuatkan ramai orang tersentuh hati sebaik sahaja mendengar luahan penyanyi berusia 54 tahun itu.
Ziana Zain dedah, nekad berpisah selepas 20 tahun hidup bersama
Menerusi perkongsian video dimuat naik semula di laman TikTok @seorangnur, pemilik nama Siti Roziana Zain menceritakan keputusannya berpisah dengan suaminya, Armin Zaharin selepas 20 tahun mereka berdua mendirikan rumah tangga.
Dalam temubual tersebut, Ziana mendedahkan dia terpaksa menelan segala kata-kata kesat daripada bekas suaminya sepanjang mereka berdua masih bersama.
@seorangnur Isteri mana yang tak kecewa kena macam ni lagi bila sentuh anak anak 🥺 #neelofa #zianazain #nexttoneelofa #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Putus Terpaksa – Ziana Zain
Semuanya dipendam olehnya sehinggalah pada suatu hari anak-anak mengadu mengenai kelakuan ayah mereka.
“Ayah pukul adik” ujar salah seorang anak Ziana Zain sebelum dia pergi melihat di bilik.

Ziana berkata, memukul anak sehingga meninggalkan kesan lebam dan bengkak kerana gagal membaca surah al-Ikhlas dengan baik.
Kantoi suami tak setia
Selain itu, Ziana menceritakan dia nekad membuat laporan polis setelah hampir dua hari mengerjakan solat sunat istikharah untuk meminta petunjuk serta jalan yang benar .
Apa yang membuatkan dia bertambah nekad apabila lelaki tersebut kantoi tidak setia apabila Ziana terbaca beberapa kiriman mesej menerusi telefon pintar.
Sedih sangat, 20 tahun bukan sekejap
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen di mana ramai turut bersimpati dengan nasib menimpa pelatun lagu berjudul Madah Berhelah ini.
Malah, mereka juga mengatakan tempoh perkahwinan 20 tahun itu bukanlah sesuatu masa yang singkat, sebaliknya lama.
Terdahulu, Ziana pernah mendedahkan bekas suaminya pernah mencilikan kemaluan dan dubur anak kembarnya, Muhammad Ariel yang ketika itu berusia 3 tahun.
Bukan itu saja, Ziana mendedahkan suaminya juga pernah mengambil dadah dan kes anak-anaknya dicederakan adalah faktor utama mengapa dia ingin memfailkan perceraian.
Ziana dan Armin Zaharin Ahmad Zambri bercerai pada 12 Julai 2018 lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam.
Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻
Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.
sumber : Oh My Media
PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.