HAMPIR empat tahun melayari hidup sebagai ibu tunggal, penyanyi Ziana Zain bagaimanapun mengakui dia tidak menutup pintu hatinya.
ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻
Namun, pemilik nama lengkap Siti Roziana Zain ini berkata, buat masa sekarang dia lebih senang memberikan fokus terhadap empat anaknya selain karier seni.
Ziana berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
“Sebenarnya saya tak berani cakap tutup hati ke tidak… sebab kita tak tahu di masa hadapan”.
“Saya lebih tertumpu kepada kehidupan sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya”.
“Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya”.
“Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa… Wallahualam. Paling penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat” katanya kepada media.
Sementara itu, Jualan tiket konsertnya bersama Anuar Zain, Anuar & Ziana Live In Kuala Lumpur 2022 pada 6 Ogos depan habis terjual dalam tempoh tiga hari selepas ia dilancarkan.
View this post on Instagram
Sekadar informasi, Ziana mendirikan rumah tangga bersama bekas ketua pramugara, Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Ammar, 18, dan pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang kini berusia 13 tahun.
Selepas dua dekad hidup bersama, Ziana dan Armin disahkan berccerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻
Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.
sumber : Media hiburan
PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.