Wanita Ini ViraI Kerana Mempunyai Dua Kerjaya Luar Biasa

BELA kapal terbang ke?” begitulah salah satu komen yang dilontarkan olen netizen apabila melihat seorang wanita muda memegang tali yang diikat pada sebuah pesawat di lapangan terbang, seolah-olah sedang membawa haiwan peliharaan ‘bersiar-siar’.

Rakaman yang dimuat naik oleh wanita berkenaan sebenarnya memaparkan suasana ketika dia bertugas dikelilingi pesawat.

Perkongsian video tersebut setakat ini meraih sebanyak satu juta tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan media, Nurul Zulaikha Najwa Aminuddin Zaki, 23, memberitahu video tersebut dirakam ketika dia sedang menjalani latihan industri bersama sebuah syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada 2019.

“Waktu itu saya sedang menjalankan praktikal bersama AirAsia selama enam bulan di KLIA2. Apa yang saya lakukan pada waktu itu ialah pushback, yang mana kita akan guide pilot untuk menggerakkan pesawat sebelum berlepas.

“Masa di bawah kapal tu saya bercakap dengan pilot melalui headset dan akan tanya ‘is it ready to pushback?’. Kemudian dia akan beritahu nak bergerak ke arah mana dan saya kena pastikan kawasan tersebut clear untuk pesawat lalu,” katanya.

Bercerita lanjut, Nurul Zulaikha mengakui pada mulanya agak kekok bekerja di situ kerana jumlah staf perempuan dalam satu syif tidak ramai, sekali gus membuatkan dia malu untuk bertanyakan sesuatu kepada pekerja lelaki.

“Bila dah lama, saya sedar sebenarnya lelakilah yang ada lebih banyak knowledge dalam penyelenggaraan tetapi semua staf di sana dilayan sama rata.

IMG_6291

Najwa pada mulanya bekerja di lapangan terbang kerana jumlah pekerja wanita tidak ramai.

“Mereka banyak kongsi pengalaman dan pengetahuan dalam setiap sudut pesawat. Jadi memang rasa tak bosan untuk kita dengar,” katanya yang kini merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang (Kepujian) Mekanikal di UniKL MIAT.

Mesra disapa Najwa, wanita ini juga merupakan seorang streamer permainan online PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) sejak Mei 2020.

Najwa berkata dia berkongsi minat yang sama dalam bidang tersebut dengan rakan sebiliknya Nur Shameerina Asifa Mohammad Shamsul, 23.

“Dulu saya dengan roommate selalu tengok live stream oleh streamer lain di Facebook seperti Soloz, Daddyhood, Emimohamad dan Vokey. Ada la juga berangan nak jadi streamer dan proplayer PUBG mobile.

“Lepas tu kami pasang niat main PUBG dari bawah sampailah sekarang, sambil streaming di Facebook. Kami masih dalam pemain kompetitif untuk ladies.

“Dulu saya merupakan bekas pemain PUBG mobile ladies untuk team Malaysia iaitu RSG dan dari situlah bermulanya streaming saya naik. Orang yang banyak ajar saya ialah Emimohamad, dia seorang caster PUBG Mobile Malaysia dan juga streamer.

IMG_6292

Najwa mula menceburi bidang online game streaming pada Mei 2020.

“Dia banyak bantu dari segi segala setup streaming sebab dia mahu saya naik seperti streamer lain juga. RSG pun sama, merekalah yang promote gaming page saya di media sosial,” katanya yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bagi anak sulung daripada tiga beradik ini, kedua-dua bidang yang diceburinya itu seronok dan ada cabarannya tersendiri.

Jelasnya lagi, dia mempelajari pelbagai perkara sewaktu bekerja di lapangan terbang dan apabila menjadi seorang streamer.

“Dua-dua best sebenarnya sebab kalau jadi streamer, kita dapat kenal orang baru dan bermain bersama viewers. Dalam masa yang sama juga belajar untuk berinteraksi ketika main game.

“Kadang-kadang orang tengok cara kita main dan berborak bersama penonton, jadi budi bahasa pun kena jaga sebab ada budak-budak serta orang tua yang tengok.

“Kalau bekerja di airport pula, bukan senang untuk seorang perempuan dapat tukar tayar kapal terbang dan enjin. Memang luar biasa untuk seorang wanita buat kerja macam ni,” ujarnya.

Najwa berpesan kepada golongan wanita di luar sana supaya jangan berasa malu atau takut untuk menceburi kerjaya yang selalunya didominasi oleh golongan lelaki.

Tambahnya lagi, pengalaman bekerja dalam bidang begini amat berharga kerana ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan.

“Pesanan saya untuk golongan wanita, jangan rasa malu dan takut untuk menceburi bidang yang kebanyakannya lelaki buat. Sebab minat kita bukan orang lain yang tentukan.

IMG_6288

Najwa (kanan) merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

“Secara jujurnya seronok sangat dapat buat kerja seperti lelaki, bukan senang kita dapat bekerja macam tu. Pengalaman itu memang beharga, jangan takut kalau kena kcam.

“Women must not be shy if they are smarter than men, if they are more eloquent or more ariticulate compared to men, own it! Work it and love it,” katanya.

sumber : mStar

Harap Maaf