[VIDEO] Ulasan Ringkas Penjelasan Ustaz Ebit Lew Di Live Instagram

MENERUSI satu sesi Live Instagram sebentar tadi, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menjelaskan bahawa segala kos perbelanjaan m1si kemanus1aan mereka ke G4za, PaIestin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Menaf1kan segala pertuduhan mengatakan dia membazirkan kos tertentu hasil sumbangan terhadap m1si berkenaan, Ebit menjawab dia menggunakan wangnya sendiri dan tidak membuka satu pun tabung derma untuk m1si kemanus1aan di sana.

Ebit turut meminta soalan tersebut ditanyakan semula kepada Nadir Al Nuri memandangkan individu tersebut membuka tabung dan mengutip sumbangan untuk pembangunan G4za.

“Saya dapat mesej orang panggil saya penunggang agama, dajjaI, babi makan duit h4ram. Ada orang mesej anak saya, ada orang mesej isteri saya.

“Saya pergi sana dengan duit sendiri dan saya tak pernah buka satu tabung pun untuk pergi ke G4za. Saya pergi dengan sahabat yang sangat rapat dan rakan-rakan di Facebook.

“Sepatutnya siapa yang perlu jawab duit RM20 juta tu ? Patutnya Nadir Al-Nuri yang menjawab kat mana RM20 juta tu berada,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit turut menjawab soalan berkenaan syarikat HALA yang dikatakan membawa pasukannya ke G4za. Ebit berkata dia langsung tidak tahu mengenai syarikat tersebut kerana dia memasuki G4za melalui Kedutan Malaysia dan Wisma Putra.

Jelasnya lagi, dia pernah menghubungi syarikat Mile of Smile dan mendapati cara masuk ke sana bernilai 10 ribu dolar, iaitu kira-kira RM50 ribu.

Sedangkan memasuki Gaza dengan bantuan syarikat Lucky tour bernilai 2,500 ribu dolar iaitu kira-kira RM10,000 sahaja untuk satu kepala.

Namun, yang membuatkan mereka terkandas lama disana adalah untuk mendapat kelulusan dua pihak iaitu Kerajaan Mes1r dan juga kelulusan tentera.

sumber : Rotikaya

Harap Maaf