Video Polis Tahan Penunggang Motosikal Tak Pakai Mask Atas Highway, Rupanya Ini Yang Berlaku

Seperti yang korang tahu, pemakaian pelitup muka telah diwajibkan bermula 1 Ogos yang lalu untuk membasmi dan mengurangkan kadar kes Covid-19 di negara kita berikutan penambahan kluster jangkltan Covid-19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat kementerian kesihatan.

Pelitup muka yang diwajibkan untuk dipakai itu merangkumi di tempat awam yang sesak dan pengangkutan awam. Tetapi baru-baru ini, tular satu video yang didakwa polis menahan sebilangan penunggang motorsikal yang tidak memakai ‘mask’.

Pun begitu, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain menyangkal dakwaan terbabit dan sebaliknya memberi tahu video berkenaan adalah operasi untuk mengesan penunggang motosikal yang tidak melalui laluan disediakan di Lebuh Raya Persekutuan 12 Jun tahun lalu lapor Berita Harian.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu didapati sengaja mensensasikan isu berkenaan yang jelas untuk mencetuskan kegusaran masyarakat,”

Justeru, beliau berkata, orang ramai digesa menghentikan penyebaran video dan berita tidak tepat melalui muat naik atau perkongsian dalam media sosial.

So korang jangan nak pandai-pandai ye, check dulu sumber dari mana sebelum share dekat orang lain.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : LobakMerah

Harap Maaf