[VIDEO] Lelaki Mempertikaikan Tugas Anggota Polis DiTahan Malam Tadi

LELAKI yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak, di sini, dan mempertikai tugas polis serta mengeluarkan kata kesat sudah ditahan polis, malam ini.

Terdahulu video berdurasi 15.42 minit itu menunjukkan seorang lelaki yang singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta didatangi anggota polis selepas dia tidak memakai pelitup muka.

Malah video itu turut tuIar di media sosial selepas dia enggan memakai pelitup muka dan mend4kwa dirinya ada membaca kajian yang menjelaskan memakai pelitup muka boleh dijangk1ti bakter1a.

Malah, dia turut dikenakan kompaun kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penuIaran Cov1d-19.

Namun ketika berada di dalam kereta lelaki terbabit yang masih merakam video itu turut mempert1kaikan tugas polis dan mengeluarkan kata-kata kesat. Susulan itu, polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan suspek dan akan mengeluarkan kenyataan media nanti.

sumber : HarianMetro, Donlot Pelbagai

Harap Maaf