VIDEO Isteri Terbang Masuk Kereta Sudah Dapat 12 Juta Tontonan

“WOW kreatif betul! Cannot brain tapi style betul!”

“Kualiti lebih bagus dari yang ada dekat TV…”

“Hebat sangat ni siap ada kabel elektrik. Hahaha”

“This is awesome, good job!”

“Pergh ini real siap ada kapal terbang lagi.”

“Tak, masalahnya real teruk. Cuma kapal terbang tu ja mula-mula macam ehh pehal?”

Begitulah ungkapan warga maya apabila melihat sebuah video tuIar seorang isteri terbang kerana ingin mengikuti si suami keluar.

[VIDEO]Kreatif! Video isteri terbang masuk kereta dapat pujian, 7 juta tontonan

Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali Alfy Saga, keadaan isteri yang terbang itu kelihatan betul-betul “menjadi” apabila suasana di sekelilingnya sangat natural.

Setelah terbang di luar cemin sebelah pemandu, wanita itu juga menjengah dan memasuki ke dalam kereta tersebut.

Video berkenaan berjaya mencvri perhatian ramai yang kini telah mendapat lebih 12 juta tontonan sejak dimuat naik 3 hari yang lalu.

Ternyata ramai berpendapat pembikinan video pendek itu sangat kreatif !

Suasana di dalam kereta yang sedang bergerak lengkap dengan pokok dan kabel elektrik serta kapal terbang itu kelihatan sangat real.

Macam-macam ya! Apa pun pengisian sebegini sekurang-kurangnya dapat menghiburkan hati sesiapa yang menontonnya.

sumber : SinarPlus

Harap Maaf