[VIDEO] Datin Shahida Mendedahkan Rahsia Kejayaan Aliff Syukri Dalam Live Ustazah Asma Harun

SEBUT sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pasti ramai yang terbayang gelagat bersahaja serta happy go lucky usahawan terkenal tersebut di media sosial.

Selain berkongsi gaya hidup serba mewah serta rutin harian keluarganya, tidak dinafikan lagi ramai pengikut gemar melihat hubungan akrab usahawan berusia 34 tahun itu bersama ibunya, Bonda Rozita Ibrahim.

Baru-baru ini, isteri kepada Aliff iaitu Datin Shahida tampil mendedahkan perangai sebenar suaminya menerusi video live bersama ibu mentuanya serta Ustazah Asma Harun.

Menurut wanita berusia 36 itu, Aliff merupakan seorang anak lelaki yang baik dan sangat menyayangi ibunya.

Hari2 call ibu, bergayut macam girlfriend

Setiap hari, Aliff akan menghubungi ibunya dan bercakap menggunakan nada yang lembut dan manja. Selain itu, beliau turut memuliakan ibunya dengan memberikan layanan terbaik seperti seorang permaisuri.

Tolong ketip kuku, hidang makanan macam di hotel

@geelofaTerinspirasi sangat. MashaAllah patutlah rezeki melimpah ruah, DAS menyantuni bonda nya ##motivasihidup ##rezeki♬ original sound – Geelofa

Bukan itu sahaja, Aliff juga sanggup membantu memotong kuku serta mencabut uban bonda tersayang. Malah, jika ibunya tidak sihat, beliau akan memasak, hidang serta menyuap sendiri makanan itu kepada ibunya.

“Kalau ada bulu ketiak pun dia tolong cabut… Mak dia tak sihat, siap hidang macam dekat hotel,” luah Shahida.
Perkongsian berkenaan membuatkan ramai yang terkejut serta seakan tidak percaya. Namun begitu, Bonda Rozita hanya senyum dan ketawa tatkala mendengar pendedahan menantunya itu.

@geelofaJadi mata lebah, utk lihat kebaikan dari diri seseorang. Doakan hidayah & pengakhiran yang baik buat semua ##motivasihidup ##rezeki

♬ original sound – Geelofa

Malah, Ustazah Asma sendiri mengakui sikap Aliff yang memuliakan ibunya harus dicontohi oleh semua orang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap sikap Aliff terhadap ibunya.

Murah rezeki sebab Datuk menyantuni ibu

Jangan cepat kecam & judge luaran seseorang

Keberkatan daripada seorang ibu

Datuk memang manja dengan ibunya

Utamakan ibu, Allah beri rezeki melimpah

Semoga kisah Datuk Aliff Syukri menjadi tauladan buat kita semua.

Terima Kasih pembaca.

sumber : OhMyMedia

Harap Maaf