Tiga Lori Bawa Misi Bantuan Ebit Lew Diarah Berpatah Balik Di SJR Bentong

TIGA buah lori yang membawa bantuan m1si kemanus1aan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew termasuk antara kenderaan yang diarah untuk berpatah balik dalam sekatan jalan raya (SJR), di Bentong, Pahang awal pagi Selasa.

T1ndakan itu dikenakan kerana tiga lori berkenaan tidak mempunyai dokumen kebenaran.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Zaiham, tiga buah lori seberat tiga tan mengangkut barangan bagi m1si kemanus1aan pendakwah tersebut ke pantai timur tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis KeseIamatan Negara.

“Dalam kejad1an kira-kira jam 1.30 pagi itu, lori terbabit dalam perjalanan ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan.

“Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan B3ncana

Negeri untuk pergerakan bantuan b3ncana atau m1si kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut,” katanya.

Beliau menambah, semua pemandu akur dan menerima arahan tersebut dan tiada kompaun dikenakan.

Dalam pada itu, Zaiham memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong tidak menerima sebarang panggilan atau pertanyaan daripada pasukan Ebit Lew setakat jam 5 petang Rabu.

Beberapa hari lalu, Ebit Lew berkongsi status di Instagram sebanyak 10 buah lori bantuan bergerak menghantar keperluan asas seluruh Malaysia.

sumber : Gempak, Facebook Ebit Lew

Harap Maaf