TERKINI : Siapa Ibu Susuan Buat Ayash Affan Akhirnya Terjawab

PELAWAK dan pelakon popular, Shuib Sepahtu, 37, akhirnya sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat anak bongsunya, Ayash Affan yang lahir pada 6 Ogos lalu iaitu sepupunya sendiri.

Shuib berkata, sepupunya itu baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, banyak perkara penting harus diambil kira dan difikirkan sebelum membuat keputusan berkenaan ibu susuan terutama dari aspek agama.

“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya, ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash nanti.

“Saya sebenarnya bimbang terhadap masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri). Takut juga masa depan nanti, kita tidak tahu akan jadi apa. Takut terkahwin pula, akan jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga (ibu susuan). Apapun, saya ucap terima kasih kepada rakan artis dan rakyat Malaysia yang berniat untuk menolong,” katanya dalam temubual dalam program Melodi, kelmarin.

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, hanya Allah dapat membalas segala kebaikan yang dihulurkan banyak pihak kepadanya untuk membantu mendapatkan bekalan susu ibu buat anaknya itu.

“Bukan sahaja Tilla (Syatilla Melvin), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.

“Saya harap Allah balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga kepada yang mendoakan kekuatan untuk diri saya,” katanya.

Mengulas perasaan rindu terhadap Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib berkata, dia tidak mahu terlalu berduka kerana takut arwah isteri tersayang berasa sedih.

Menurut Shuib, bila kita teringatkan arwah, sedekahkan bacaan surah al-Fatihah.

Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta yang meninggaI dunia ak1bat Cov1d19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

sumber : HarianMetro

Harap Maaf