TERKINI : Shuib Minta Pelihara Aib Siti Sarah Serta Henti Cerita Kebaikan Arwah Berlebihan

HAMPIR seminggu pemergian Siti Sarah Raissuddin, suaminya Shuib Sepahtu meminta orang ramai tidak lagi memuat naik foto dan video kenangan bersama Allahyarham yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, juga meminta sesiapa yang sudah melakukan demikian agar memadamkannya daripada media sosial.

“Saya ada permintaan mohon tidak mengeluarkan lagi gambar dan video Allahyarham yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

“Saya juga memohon kepada yang sudah memuat naik di media sosial agar mengeluarkan kembali foto dan video tersebut,” ujarnya pada malam Ahad.

SHUIB

Foto kenangan Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah dan tiga anal mereka.

Ahli kumpulan Sepahtu itu berkata demikian menerusi laman sosial Instagram miliknya pada malam Ahad.

Selain itu, Shuib juga meminta orang ramai berhenti menceritakan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan.

“Cukup kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakh1r pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur ak1bat cov1d19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 7 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

sumber : mStar

Harap Maaf