TERKINI : Remy Ishak Sahkan Bakal Nikah Sabtu Ini

AKTOR Remy Ishak mengesahkan secara eksklusif kepada Gempak TV dirinya akan bernikah pada 21 Ogos 2021.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, memilih menamatkan zaman bujang bersama wanita pujaan hatinya.

“Jadi Insya-Allah atas persetujuan kedua dua belah pihak, kami akan bernikah pada 21 Ogos 2021 ini di Kuala Lumpur,” umum Remy secara eksklusif dalam program Gempak TV yang disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria malam tadi.

Bintang filem Sangkar itu mengatakan telah merancang mendirikan rumah tangga dengan kekasih pujaan hati pada Mei lalu.

Rancangan tersebut bagaimanapun tertunda kerana pandem1k covd19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.30 yang dilaksanakan kerajaan lantaran kes w4bak tersebut yang meningkat sejak Mei lalu.

Namun beliau dan bakal isteri akhirnya sepakat meneruskan hasrat menikah pada 21 Ogos 2021 selepas mendapat restu daripada pihak kedua keluarga sekali gus tidak mahu menangguhkan lagi impian mulia ini.

“Ya jika ikut perancangan kami bernikah pada Mei lalu, bersempena dengan bulan Syawal. Tapi disebabkan PKP, ia terpksa ditunda.

“Bagaimanapun kami memutuskan untuk melangsungkan pernikahan dalam PKP juga pada 21 Ogos ini,” jelas Remy lagi.

Menurut Remy majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini akan dilaksanakan mengikut protokol dan SOP kesihatan yang telah ditetapkan kerajaan.

“Memandangkan Kuala Lumpur masih dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tidak akan ada keluarga saya yang hadir dari Melaka. Pihak perempuan juga hanya akan diwakili wali untuk menikahkan kami.

“Jadi pernikahan ini akan berjalan sesuai SOP yang ditetapkan di Kuala Lumpur iaitu hanya saya, bakal isteri dan wali sahaja,” katanya lagi.

Biar melaksanakan pernikahan dalam musim pandemik dan kekangan SOP membuat beliau tidak dapat melakukan majlis serta menerima tetamu meraikan hari bersejarahnya, Remy tetap bersyukur.

“Perancangan kami memang mahu adakan majlis secara terbuka, ada keluarga, tetamu. Tapi apabila pihak berwajib telah menetapkan syarat hanya beberapa orang sahaja boleh berada dalam majlis, kami akur.

“Ia akan dilaksanakan secara sederhana. Ini pun sudah cukup,” tambah Remy.

Sementara itu, Remy memberitahu akan berkongsi lebih lanjut mengenai bakal isteri dan rancangan pernikahannya dalam sidang media khas yang dijadualkan berlangsung secara maya awal pagi ini.

sumber : Astro Awani

Harap Maaf