TERKINI : Kenyataan Ustaz Ebit Lew Setelah DiAmbil Keterangan

SAYA maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi (f1tnah gangguan seksuaI). Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri,” kata pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Hari ini, Ebit, 36, dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksuaI yang dikaitkan dengan dirinya seperti tuIar di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian terbabit tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya.

“Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang.

“Saya dipanggil bagi membantu s1asatan atas tuduhan gos1p di luar sana. Saya serahkan kepada polis sepenuhnya,” katanya ketika ditemui media di luar pekarangan Bukit Aman di sini, sebaik Ebit selesai memberi keterangan pada 2 petang.

Sementara itu, peguam Ebit, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, beliau dan anak guamnya memberikan kerjasama sepanjang proses rakaman keterangan yang berjalan selama lebih satu jam.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjawab segala persoalan bagi membantu s1asatan berkenaan.

“Polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk s1asatan kes berkenaan namun pihak polis belum memberikan seksyen sewajarnya untuk s1asatan kes ini.

“Setakat ini, polis memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya.

Terdahulu, tuIar di media sosial mengenai video Iucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Pengarah Jabatan S1asatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan polis sudah merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu s1asatan berhubung k3s gangguan seksuaI.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Sksyen 14 Akta KesaIahan-KesaIahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“S1asatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

“Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan prov0kasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat penyebaran apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

 

TANDA tanya orang ramai mengenai siapa pendakwah yang dipanggil ke Bukit Aman semalam terjawab selepas Ustaz Ebit Lew dilihat  tampil menghadirkan diri ke sana pagi tadi.

Menurut UEL, dia dipanggil bagi memberikan kerjasama sebagai saksi berkenaan dkwaan gangguan seksuaI di Bahagian S1asatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman

Mengakui k3s berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan meIampau UEL bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berkenaan k3s f1tnah tersebut.

“Saya hadir memberi kerjasama sebagai saksi kepada k3s ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

“F1tnah yang saya terima ini begitu kjam dan meIampau namun saya maafkan mereka yang cuba menjatuhkan saya.

“Apa yang jadi tidak mematahkan semangat untuk teruskan usaha untuk membantu dan membuat kebaikan sampai bila-bila, sampai mati,” katanya kepada media sebaik keluar dari Bukit Aman.

Media tempatan semalam meIaporkan seorang pendakwah terkenal dipanggil Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksuaI.

Ianya susulan tuIar di media sosial mengenai video Iucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

sumber : BuzzKini, Harian Metro

Harap Maaf