Anak sulung kepada pasangan selebriti sama cantik dan sama padan iaitu Aliff Aziz dan Bella Astillah iaitu Ayden Adrean telah berjaya mencvri perhatian ramai apabila menonjolkan skil nyanyiannya.
Menerusi satu sesi siaran langsung di akaun milik Aliff Aziz malam semalam, Ayden juga secara bersahaja menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Rapuh ( Kumpulan Nasta ).
Malah Ayden juga dilihat turut memperbetulkan cara nyanyian Aliff Aziz yang pada sebelum ini membawakan lagu tersebut di konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Ahad lalu.
View this post on Instagram
“Terasa Indahhhh, ha macam tu. Ayden dapat markah tiga, ada tiga bintang.
“Terima kasih dengar Ayden menyanyi, doakan daddy sebab Ayden nak sekolah,” katanya kanak-kanak comel tersebut.
Dalam pada itu, menerusi live berkenaan, Aliff turut meminta Ayden membacakan doa untuk persembahannya dalam konsert GV8 nanti.
Namun, apa yang melucukan Ayden dengan yakinnya membacakan doa makan.
“Tu untuk daddy GV ke untuk doa makan sayang,” usik Aliff.
Sekadar info, Bella dan Aliff telah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5 dan Ara Adreanna, 1.
Untuk rekod, pada konsert kelapan Ahad lalu, Aliff Aziz yang membawakan lagu Rapuh berada di tempat kedua dengan markah sebanyak 76.8%.
Menjengah kepada ruangan komen, netizen juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen dan terhibur dengan telatah comel dan bijak daripada anak kepada dua pelakon tersebut.
Komen netizen:
Sumber: Gempak