Tan Sri Muhyiddin Sah Letak Jawatan Hari Ini ?

UMUM pasti mengetahui, selain 1su cov1d19, satu lagi isu yang sedang h4ngat diperkatakan rakyat Malaysia ketika ini adalah mengenai kemeIut poIitik yang sedang berlaku didalam negara.

Terbaharu hari ini, Bernama meIaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mendedahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bakal membuat satu pengumuman khas hari ini.

“Insya-Allah ada pengumuman (oleh Muhyiddin) apa pun kita tunggulah hari ini” kata beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) kepada pemberita seleapas mesyuarat khas Bersatu di Publika, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur semalam.

Mengulas mengejuti tujuan mesyuarat tersebut diadakan, Redzuan berkata ianya bagi membincangkan hala tuju sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

“Perdana Menteri telah mengkaji setiap pilihan terakhir semata-mata untuk kepentingan rakyat dalam keadaan kita kr1sis hari ini. Tetapi kita akur kepada Perlembagaan, (dan) sekiranya menarik sokongan atas kepentingan peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat, maka kita kena uruskanlah dengan yang terbaik.

“Itu terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan negara ini terus diterajui oleh kepimpinan yang boleh beri keprihatinan kepada rakyat,” katanya lagi

Bakal persembah surat perletakan jawatan?

Namun menerusi Iaporan Malaysiakini pula, Redzuan memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada isnin.

Jelas Redzuan, perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri sewaktu di dalam mesyuarat bersama dengan ahli parlimen Bersatu pagi tadi.

“Esok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan,” kata Redzuan dipetik dari Malaysiakini

Tambahnya Muhyiddin juga sudah mencuba yang terbaik dalam mempertahankan keadaan dan kedudukan kerajaan namun ikhtiarnya itu tidak membuahkan hasil elepas bilangan ahli parlimen yang menyokongnya menyusut dan tidak mencukupi ntuk meraih majoriti di Dewan Rakyat.

“Maka ini adalah t1ndakan yang betul dan terhormat untuk Muhyiddin mengikut perlembagaan, dan terserah kepada Agong sama ada mahu menerima peletakan jawatan tersebut atau tidak,” katanya.

Perdana Menteri menerusi satu pengumuman khas Jumaat lalu telah menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan parti-parti lain, namun tawaran itu tidak siambut baik dan ditolak majoriti parti pembangkang.

sumber : BuzzKini

Harap Maaf