Suami Terkejut Isteri Pakai Sut Lengkap PPE Hantar Makanan Dalam Bilik

KETIKA ini negara mencatatkan peningkatan ketara jumlah kes positif Cov1d-19 apabila merekodkan sehingga lima angka kes baharu saban hari.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penuIaran varian Delta yang paling bahaya dan mudah merebak menjadi salah satu faktor peningkatan k3s Cov1d-19.

Di kala penuIaran virvs ketika ini dikhabarkan mampu dituIarkan melalui bawaan udara (airborne), adalah penting untuk orang ramai mengamalkan langkah pencegahan yang lebih teliti untuk mengelakkan jangk1tan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki yang sedang menjalani kuarant1n di rumah berkongsi gelagat isterinya yang mengenakan sut kelengkapan perlindungan diri (PPE) sewaktu menghantar makanan.

“Ingat KKM nak datang angkut rupa-rupanya bini hantar makanan,” tulis kapsyen pada perkongsian video yang sehingga kini meraih lebih 408,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan media, Haqif Zulkifli berkata dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas menjadi kontak rapat kepada seorang kakitangan di restorannya yang didapati posit1f Cov1d-19.

“Sebenarnya saya sudah lama bekerja dari rumah namun beberapa hari lalu ada bertemu dengan seorang kakitangan. Nak dijadikan cerita, Rabu lepas dia maklumkan tak sihat dan saya sarankan buat ujian saringan.

“Hasil ujian mendapati dia sah posit1f Cov1d-19. Tak sangka dan terkejut apabila mendapat tahu berita tu tambah-tambah lagi malam sebelumnya kami bertemu.

“Saya dan isteri lebih memikirkan anak kecil kami yang baru menginjak usia setahun. Dia beris1ko terdedah dengan jangk1tan. Jadi saya ambil keputusan untuk kuarant1n di sebuah bilik asing di rumah kami,” ujar pengasas TheChknKL ini.

isteri ppe 1

Isteri Haqif menjaga keperluannya sepanjang menjalani kuarantin.

Menurut Haqif, dia sudah menjalani kuarantin kendiri sejak mendapat tahu perkhabaran tersebut malah sudah melakukan ujian calitan pada Isnin lalu dan kini sedang menunggu keputusan.

“Sepanjang beberapa hari kuarant1n, Alhamdulillah saya masih sihat dan tidak mengalamai apa-apa simptom. Jujurnya, pada hari-hari pertama, saya agak ‘overth1nking’. Kalau ada rasa peIik sikit mulalah fikir macam-macam.

“Alhamdulillah beransur-ansur saya tenangkan diri dan berfikiran positif. Isterilah yang banyak membantu daripada A hingga Z. Setiap kali waktu makan, memang tersedia makanan depan pintu. Malah akan pastikan saya ambil vitamin C, serta minum air lemon. Sanitasi rumah pun dia buat setiap hari.

“Setiap hari awal dia letakkan makanan dekat pintu dan maklumkan bila makanan dah ready. Tapi tengah hari ketika hari ketiga kuarantin tu, saya tengah sibuk buat kerja tiba-tiba tombol pintu dipulas.

“Saya toleh, terkejut tengok orang pakai PPE terjah bilik. Saya ingat staf KKM nak datang angkut, tapi hairan juga sebab tak ada pun dapat panggilan atau mesej.

“Rupa-rupanya isteri saya di sebalik sut PPE tu. Mujur dia datang waktu hantar makan tengah hari… kalau datang waktu makan malam, lagilah terkejut,” ujar bapa kepada seorang cahaya mata perempuan ini.

Tambah lelaki berusia 29 tahun ini, sut PPE tersebut diberikan oleh abang iparnya yang merupakan seorang pembekal kelengkapan berkenaan.

“Isteri saja je nak cuba pakai… lagipun selama kuarantin ni kami tak pernah jumpa dekat-dekat, hanya berhubung melalui telefon saja.

“Jadi masa pakai PPE tu dia berani buka pintu nak masuk bilik untuk hantar makanan. Dia kata memang panas walaupun sekejap je pakai. Dapatlah bayangkan macam mana frontliners kita hari-hari berkelubung dan kepanasan,” katanya lagi.

isteri ppe 2

Haqif mengubati kerinduan kepada anak kecilnya menerusi panggilan video setiap hari.

Menurut Haqif, dia tidak menyangka video berkenaan meraih perhatian namun terharu kerana ramai kenalan yang bertanya khabar selepas ia tuIar.

“Saya tak war-warkan pun keadaan diri… tapi selepas viraI, ramai kawan tahu saya sedang kuarant1n dan mereka bertanya khabar.

“Selain itu, banyak juga komen lucu daripada netizen… ada kata isteri solehah kerana menghiburkan suami.

“Apa pun terima kasih atas komen positif dan doa semua. Bagi mereka yang juga alami perkara sama, anggaplah ini sebagai ujian… apa yang paling penting kena positif,” ujarnya lagi.

Terima Kasih Pembaca

sumber : mStar

Harap Maaf