Lelaki Ini “Sound” Ah Long Sehingga Tertunduk Diam Buat Netizen Kagum

JIKA sebelum ini kita disajikan dengan berita ah long yang sentiasa berani ketika pergi memungut hutang daripada mangsanya, lain pula jadinya dalam video yang tular di media sosial ini.

ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻

Video yang dikongsikan oleh lelaki bernama Mustafa Khan menerusi akaun TikTok menunjukkan beliau sedang memarahi 3 pemuda dipercayai ah long. 3 pemuda berkenaan dikatakan berada di sebuah kawasan perumahan untuk memungut wang daripada mangsa mereka.

@mustafa_khan1992Malaysia ini ada undang undang yea ahlong!♬ original sound – Mustafa_khan2203

Rata-rata Netizen kagum dengan keberanian Mustafa dan berkata ini pertama kali mereka melihat ah long yang diam dan takut dengan orang awam. Ada yang berkata ketiga-tiga ah long tersebut nampak ‘skema’, tidak berperwatakan seperti ah long atau gangster filem.

@mustafa_khan1992Jawapan dalam video, Dan terima kasih untuk menyokong perjuangaan kami ❤️🫶🏻♬ original sound – Mustafa_khan2203

Dalam videonya, Mustafa berkata beliau tidak suka dengan cara ah long tersebut yang meminta wang di malam hari ketika peminjam sedang berada bersama keluarga. Beliau turut berkata ini bukan pertama kali dia menyelesaikan kes ah long dan menyuruh ketiga-tiga pemuda terbabit untuk pulang.

Video Penuh : 👇🏻

Mustafa Khan berkata beliau boleh dikatakan sebagai pembela nasib untuk mangsa yang diganggu ah long. “Ini adalah akaun terbaru saya kerana akaun saya sebelum ini telah kena banned sebab ah long ini pergi report” katanya.

Mustafa berkata sekiranya anda salah seorang yang masih diganggu oleh ah long, boleh hubungi beliau di profil Instagram rasmi dirinya dan beliau sedia membantu. Semoga dipermudah perjuangan Mustafa untuk membela mangsa ah long.

Menurutnya lagi, ada di antara mangsa yang hanya meminjam RM400 sahaja tetapi perlu membayar balik sehingga ribuan ringgit kerana hutang masih belum dikira selesai.

Komen Netizen :

Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻

Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.

sumber : vocket

PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Harap Maaf