Siri Tak Jawab Bila Tanya Waktu Di PaIestin Tapi Jawab Bila Tanya Waktu IsraeI

BARU-BARU ini seorang pengguna di TikTok telah berkongsikan sesuatu yang nampak normal saja namun memberikan reaksi yang mengejutkan buat penonton video tersebut lebih-lebih lagi rakyat Malaysia.

Siri merupakan pembantu virtual yang dibangunkan oleh Apple yang boleh digunakan hampir di semua peranti keluaran mereka.

Melalui video pendek tersebut, lelaki berkenaan bertanyakan soalan mudah tentang waktu di PaIestin kepada Siri.

Bagaimanapun jawapan yang diterima adalah Siri tidak mengetahui mengenai perkara tersebut namun bila ditanyakan waktu di IsraeI, Siri terus memberikan jawapan.

Perkara tersebut menimbulkan reaksi berbaur pengguna platform tersebut malah ada di antara mereka yang turut mencuba untuk bertanyakan perkara yang sama kepada peranti Apple mereka.

Jawapan mereka – perkara tersebut benar-benar terjadi sama dalam video. Sementara itu, Bixby dari Samsung dan Alexa dari Google dikatakan masih memberikan jawapan jika ditanyakan mengenai PaIestin.

Berikut merupakan video yang lebih jelas mengenai soalan yang diajukan tersebut yang ditanyakan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada penjelasan dari pihak Apple sama ada perkara ini sekadar kesilapan teknikal atau sebaliknya.

sumber : Gulapop

Harap Maaf