Si Tanggang Moden : Bapa Psitif Covd19 DiBuang Tepi Jalan

IBARAT tanggang moden, begitulah seperti kisah pasangan suami isteri yang berasal dari Nakhon Ratchasima, Thailand ini yang did4kwa tergamak membuang bapa berusia 80 tahun di tepi jalan berhampiran sebuah kuil hanya kerana warga emas itu dis4hkan posit1f cvd19.

Memetik Iaporan Bangkok Post, kisah sedih itu dikongsi oleh seorang petugas kesihatan di Hospital Bua Yai menerusi laman sosial Facebook.

Menerusi hantaran berkenaan, petugas itu turut memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan warga emas tersebut yang sedang terbaring lemah di atas jalan berhampiran sebuah kuil.

Dipercayai ditinggalkan bersama beg berisi pakaian

Petugas kesihatan itu meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan t1ndakan anak perempuan dan menantu warga emas berkenaan

Menurut Penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor Sitthichai anak perempuan dan menantu kepada lelaki tersebut meninggalkan bapa mereka di kuil pada Ahad lalu.

Ketika kejadian, warga emas itu ‘dibuang’ bersama beg berisi pakaian sebelum pasangan suami isteri terbabit beredar menaiki sebuah kereta.

Sementara itu, Ketua Kampung Ban Nong Waeng, Thongsuk Thaebtham pula memaklumkan warga emas berkenaan dibawa anak perempuannya dari wilayah Lop Buri sebelum ditinggalkan di kuil berkenaan.

Thaebtham meluahkan kekecewaan dan menyatakan perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana ia menyebabkan ris1ko jangk1tan Cvd-19 kepada individu lain.

Justeru, warga emas itu kemudiannya dibawa ke hospital di wilayah Khon Kaen untuk rawatan lanjut.

Anak cuba nafikan dakwaan

Bagaimanapun ketika ditemubual oleh pihak media, anak perempuannya menaf1kan kejad1an tersebut dan mengatakan bahawa bapanya yang ingin berjumpa sami di kuil tersebut.

Jadi, dia telah membawa bapanya ke kuil itu dan meninggalkannya di situ.

Selain itu, wanita dikenali sebagai Janya itu mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui bapanya dijangkiti cvd19. Kini, dia juga berkemungkinan menghidap cvd19 setelah menjalani ujian mengesan v1rus tersebut.

Susulan kejadian itu, sami, petugas kesihatan dan anggota penyelamat yang menjadi kontak rapat warga emas berkenaan perlu menjalani kuarant1n selama 14 hari.

sumber : BorakDaily

Harap Maaf