Setiap Kali Berzikir,Saya Akan Teringat Dosa Lampau – Siti Nordiana

PENYANYI Siti Nordiana memberitahu media dia sentiasa mengamalkan beberapa zikir antaranya Al Mathurat Sughra dalam kehidupan hariannya.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana mengakui dia akan menangis setiap kali berzikir kerana terkenangkan d0sa-d0sa yang pernah dilakukan.

Malah, hatinya mudah tersentuh apabila mendengar selawat dan zikir dalam bentuk lagu atau melodi yang secara tidak langsung kena dengan sitvasi yang dihadapinya.

Showbiz: Singer Siti Nordiana says 'no' to married men

Siti Nordiana mengamalkan zikir Al Mathurat dalam kehidupan seharian.

“Kalau dalam kehidupan seharian, saya mengamalkan Al Mathurat iaitu Al Mathurat Sughra dan zikir-zikir yang lain. Sudah tentu kalau saya berzikir, saya akan menangis.

“Ada masa-masa yang saya akan menangis mengenangkan d0sa-d0sa. Kita manusia tidak sempurna, pasti ada dosa dan kesilapan yang kita lakukan… waktu itu saya akan menangis.

“Saya juga mudah tersentuh bila dengar selawat dan zikir dalam bentuk lagu atau melodi. Apabila melodi dan lagu itu kena dengan sitvasi atau liriknya, saya akan mudah menitiskan air mata,” katanya kepada media.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Siti Nordiana tampil dengan lagu berjudul Hasbi Rabbi dengan kolaborasi dengan Ustaz Sharizan.

Lagu tersebut merupakan salah satu single dari album terbaru dan album kedua iaitu Zikir Ketuhanan dari Siti Nordiana selepas album Anakku Sayang.

Istimewanya album kali ini ialah zikir atau selawat yang dialunkan merupakan munajat harian yang selalu didengari atau dibaca namun telah diolah dalam melodi yang lebih indah dan mampu membuat pendengar meng1nsafi diri dengan alunan indah kalimah-kalimah suci dan mulia.

Dalam pada itu, Siti Nordiana memberitahu dia berasa teruja melihat anak muda kini turut menyukai lagu-lagu pop dan balada yang berkonsepkan ketuhanan.

Siti Nordiana 1

Siti Nordiana berkolaborasi bersama Ustaz Sharizan menerusi lagu Hasbi Rabbi.

“Bagi saya, lagu kerohanian sudah banyak dikeluarkan. Alhamdulillah bukan sekadar melodi dan ia tidak terbatas. Malah kini lagu rap dan pop juga menjentik lirik kerohanian.

“Seronok bila anak-anak muda turut dengar malah hafal. Ia dapat memberikan manfaat dengan mengamalkan lirik-lirik lagu kerohanian tersebut.

“Malah langkah membuat lagu yang dekat dengan anak muda, sangat bagus. Lagu pop dan balada tapi berlirikkan kerohanian. Sangat digalakkan untuk buat banyak lagi kerana akan ada orang yang tersentuh bila mendengar.

“Saya senang tersentuh bila dengar lagu-lagu Maher Zain dan Opick. Lagu yang banyak beri ketenangan pada jiwa yang tengah “down”. Bila dengar, ia seperti memberi semangat balik kepada saya,” ujarnya.

Terima Kasih.

sumber :mStar

Harap Maaf