Saya Minta Maaf • Doakan Saya • Cukup Sampai Sini

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi siaran langsung di media sosial menjawab dakwaan dan persoalan yang diajukan beberapa individu mengenai misi kemanusiannya ke G4za baru-baru ini. Malah, Ebit Lew turut membuat Iaporan polis menepis d4kwaan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew dalam hantarannya memohon maaf kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam isu ini. Beliau berkata, niatnya hanya mahu menjelaskan tuduhan yang dibuat terhadapnya. Beliau juga telah memaafkan semua yang memfitnah dan menjatuhkannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Jelas Ustaz Ebit, beliau sentiasa berpesan kepada diri sendiri supaya bersatu hati dan berdoa semoga Allah mengangkat musibah yang telah melanda seluruh negara pada ketika ini.

ebit lew gaza

Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan.

“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya ya”

Cukuplah sampai sini ye. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya.

Menurutnya, di kala dua pihak sedang berselisih terdapat ramai orang miskin dan anak yatim yang kelaparan di luar sana. Malah, ramai juga yang hilang kerja dan tempat tinggal akibat w4bak yang semakin membimbangkan.

Tambahnya perselisihan yang berlaku hanya menguntungkan syaitan. Oleh itu, dia meminta maaf dan memohon orang ramai mendoakannya.

sumber : OhMedia

Harap Maaf