KEBIASAANNYA mereka yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pasti akan berasa panik dengan kejadian yang menimpa mereka. Selalunya orang awam pasti akan membantu menenangkan mangsa kemalangan sementara menunggu bantuan ambulans tiba di tempat kejadian.
ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻
Namun baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki yang terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ini mencuri tumpuan ramai dengan reaksi santainya. Menerusi video yang dimuat naik ini, pemilik video merakamkan suasana di sekitar tempat di mana kemalangan berlaku.
Turut kelihatan, pihak polis dan orang awam yang berada di tempat kejadian untuk melihat keadaan mangsa yang terlibat. Apa yang mencuri perhatian ramai ialah gelagat mangsa kemalangan yang santai berbaring di tepi jalan sambil bermain permainan Candy Crush di telefonnya.
@.hazelmint ambulans lambat sngat, segame dulu 🗿#fypシ #HadaLaboCantikGlow #fypage #foryoupage ♬ tenang by amcha – amchaa
Walaupun kawasan tersebut dipenuhi dengan orang awam yang hadir menjenguk tempat kejadian, lelaki itu dilihat begitu santai terbaring di situ dan seperti berada di dalam dunianya sendiri. Video yang dimuat naik itu juga tular dikongsikan di media sosial dan menerima lebih satu juta tontonan setakat ini.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat reaksi santai lelaki itu yang masih sempat bermain game walaupun baru sahaja terlibat dengan kemalangan. Namun ada juga yang berpendapat mungkin itu salah satu cara lelaki tersebut menghilangkan stress selepas apa yang berlaku.
“Selagi kita boleh santai kita santai bang walaupun kesakitan melanda”

“Orang kata stress-stress lagi sakit so kita kena santai”

“Member tengah tenangkan diri”

“Tenang sangat ni bang”

Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻
Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.
sumber : Himpunan Cerita Lawak
PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.