“Sam Kuarantin Kat Hotel Depan Pejabat Aku, Nampak Dari Jauh,” – Syatilla Melvin

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin meluahkan rasa apabila terpaksa berjauhan dengan suaminya, Shaheizy Sam yang kini sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari selepas pulang daripada Sabah, pada Ahad lalu.

Difahamkan, Sam ke sabah bagi memberi sokongan buat abang iparnya, ahli politik Datuk Bung Moktar yang bertanding di Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 pada 26 September lalu.

“Aku dekat opis, Sam quarantine kt hotel depan opis aku ja nampak dari jauh tpi xboleh pergi weiii sedih wei,” tulisnya.

Manakala menerusi akaun Instagram Sam, bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut berkongsi foto ketika menjalani ujian saringan Covid-19.

“Tanggungjawab kena tunaikan.. Nasib baik lubang hidung beso.. Dia main geli2 plak,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Tanggungjawab kena tunaikan.. Nasib baik lubang hidung beso.. Dia main geli2 plak 🤣

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Sekadar informasi, pihak kerajaan telah menetapkan syarat kepada semua individu yang tiba di Semenanjung dari Sabah untuk menjalani ujian saringan dan tempoh kuarantin selama 14 hari bermula 27 September lalu.

Tindakan ini diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani penularan wbak Covid-19 supaya tidak kembali meningkat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Sam Tilla via MH

Harap Maaf