“Jangan Abaikan Anak-Anak” – Sajat Tegur Pasangan Bercerai

NAMA usahawan kontroversi, Nursajat  atau mesra disapa Sajat rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Meskipun dia sudah menetap di Australia, Netizen Malaysia sentiasa menantikan update terbaharunya yang sering menghiburkan hati orang ramai.

ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Page Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻

Dan, walaupun berjauhan di Australia, usahawan berusia 37 tahun itu tetap ingat akan dua orang anak angkatnya yang kini berada di Malaysia.

Sajat nasihat jangan lupakan tanggungjawab anak-anak

Terbaharu, dalam perkongsian dikongsikan di laman TikTok, Sajat meluahkan kekecewaannya apabila melihat terdapat segelintir lelaki di luar sana mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Sajat berkata, dia terpanggil memberi teguran walaupun hanyalah mempunyai anak angkat buat kaum lelaki supaya tidak mementingkan diri dan kepuasan nafsu semata-mata.

“Saya ini, anak saya jauh, tanggungjawab saya tetap bagi pada anak. Kalau awak lelaki, tak jaga anak-anak dan hanya tahu buat anak dengan perempuan. Dan, hubungan awak dan pasangan dah gagal, awak tak jaga, maknanya awak bukan lelaki”.
“Darjat awak adalah lebih teruk daripada pondan” ujar Sajat.

Dalam masa sama, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruzzaman mengakui dia seorang pondan, namun tidak pernah sesekali melupakan tanggungjawab.

“Sebab saya pondan pun, saya ni lelaki dan juga perempuan” ujar Sajat lagi.
@xxlivehuntersxx @nursajat85 ♬ original sound – XxlivehuntersxX

Alhamdulillah, dia dah mengaku

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan kesyukuran kerana Sajat mula mengaku dia seorang “lelaki lembut” dan fitrah asalnya adalah seorang lelaki. Malah, mereka mendoakan agar Sajat kembali ke fitrah sebenar dan bertaubat.

Selain itu, mereka juga bersetuju dengan teguran dan nasihat yang diberikan oleh Sajat buat semua lelaki di luar sana supaya tidak mengabaikan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak walaupun sudah berpisah.

Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻

Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.

sumber : Oh My Media

PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Harap Maaf