Ridhuan Tee terkilan isu pengurusan kubur utamakan kariah, tolak jenazah pesakit C0vid-19

SEJAK kebelakangan ini kecoh mengenai isu tanah kubvr yang terhad untuk mengebumikan jenaz4h pesakit C0vid-19, khususnya di Lembah Klang berikutan peningkatan kes kematlan akibat wab4k itu.

Malah pada Selasa, menerusi laporan mStar, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan jenaz4h Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rashid meluahkan rasa kesal kerana terpaksa berdepan dengan isu kelewatan pengebumian jenaz4h pesakit C0vid-19 disebabkan oleh beberapa faktor termasuk isu kuota jenaz4h dan tanah kubvr yang mengutamakan kariah.

Malah Muhammad Rafieudin turut berkongsi pengalaman mendakwa berlaku kelewatan peng3bumian jenaz4h seorang pesakit wab4k itu disebabkan ‘ditolak’ beberapa tanah perkubvran di Lembah Klang.

Isu itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selain Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad yang mengakui kewujudan masalah tersebut.

Sementara itu, isu berkenaan turut mendapat perhatian Profesor, Pusat Pengajian Teras (PPT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang sedih apabila mendengar ada pimpinan kariah menolak jenaz4h yang bukan ahli kariahnya ketika musim wab4k melanda.

Petugas barisan hadapan bertungkus lumus melakukan proses pengebumian jenaz4h pesakit C0vid-19.

Sebagai seorang mualaf katanya, beliau sedih melihat gelagat dan sikap segelintir umat Islam yang disifatkan sebagai cetek dalam melihat luasnya Islam.

“Nasib baiklah saya telah memeluk Islam, jika belum rasanya terbantut niat apabila melihat gelagat dan perangai segelintir umat Islam begitu cetek dalam melihat luasnya Islam.

“Terus terang, saya memeluk Islam kerana terpesona dengan kesejagatan Islam, merentasi segalanya. Dalam kata lain, letaklah Islam di mana pun ceruk dunia, kutub mana sekali pun, pasti ia boleh berkembang hebat dan diterima oleh tidak kira bangsa apa sekali pun.

“Begitulah hebatnya Islam, agama Allah SWT yang dibawa oleh Pesuruh-Nya, Baginda, Rasulullah SAW,” katanya menerusi satu catatan di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Ridhuan menyifatkan pemikiran segelintir masyarakat tentang kepentingan kariah itu sebagai ‘pemikiran rimba’ yang membuatkan Islam dilihat begitu sempit.

“Jika ada mualaf yang terpaksa keluar Islam, hanya kerana melihat gelagat kita, jangan salahkan mereka, kerana kita terlalu menyempitkan pandangan Islam yang begitu luas.

PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH

PROFESOR, PUSAT PENGAJIAN TERAS (PPT) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

“Pemikiran rimba apakah ini, sehingga Islam dilihat begitu sempit. Bayangkan pada zaman dahulu, jemaah haji atau ibu bapa kita meninggal dunia di atas kapal sebelum sampai ke destinasi atau setelah kembali, adakah mayat itu akan ditunggu untuk sampai ke kariahnya atau ke kampungnya, bagi tujuan pengebumian?

“Mayat akan dicampak ke laut saja. Begitulah mudahnya Islam. Bukan menyusahkan. Apakah tanpa kubvr, bermakna tidak soleh? Siapa boleh tentukan di mana kita akan matl? Melainkan Allah SWT,” ujarnya.

Dalam catatan itu juga, Ridhuan turut memberi contoh kematlan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia di Amerika Syarikat di mana jenaz4hnya juga tidak dibawa pulang ke kariahnya.

Malah pendakwah itu turut bertanya berapa ramai kubvr para sahabat yang tidak dikebumikan di kampung halaman atau kariahnya terutama bagi mereka yang matl syahid ketika berada di medan p3rang.

“Ada mayat yang tidak ada kubvrnya atau tidak ketahuan kubvrnya. Adakah kubvr begitu penting bagi kita sebagai umat Islam? Apakah kita akan ditanya nanti di alam barzakh, di kariah kubvr manakah kita dikebumikan?” katanya.

Tangkap layar WhatsApp mengenai kuota jenaz4h.

Dalam pada itu, Ridhuan berkata, beliau menyangka kefahaman terhadap Islam semakin mendalam terutamanya dengan perubahan dunia hari ini namun sebaliknya yang berlaku.

Atas sebab itu juga, Ridhuan menyeru semua umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar kerana Islam adalah bersifat sejagat, merentasi semangat kariah, kampung, daerah, negeri dan bangsa.

“Jika ada mualaf yang terpaksa keluar Islam, hanya kerana melihat gelagat kita, jangan salahkan mereka, kerana kita terlalu menyempitkan pandangan Islam yang begitu luas.

“Pada hemat saya, jika ditakdirkan suatu hari nanti, sudah tidak ada tanah lagi untuk dikubvrkan mayat, tiba-tiba bukan Islam mahu menumpang kebumikan mayat mereka di tanah kubvr orang Islam, apakah kita akan menolak hanya kerana dia bukan Islam? Tidak saudaraku…” ujarnya lagi.

Ridhuan turut meminta agar semua masyarakat Islam bermuhasabah diri tentang isu tersebut kerana apabila seseorang itu meninggal dunia, apa yang dibawa adalah iman dan takwa, bukannya kubvr di kariah tertentu, wang ringgit, pangkat, keturunan, darjat, bangsa atau apa sahaja dimiliki ketika di dunia.

“Jika status kubvr itulah yang persoalan utama, sudah tentu kubvr yang paling cantik, paling mahal, yang akan ke syurga, terutama kubvr para pembesar-pembesar dunia. Persoalannya, adakah itu Islam sebenarnya?,” katanya.

Sumber: Facebook PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH via mStar

Harap Maaf