Remy Ishak Mula Fikir Soal Anak Setelah Lima Bulan Berkahwin

LIMA bulan mendirikan rumahtangga, pelakon Remy Ishak berkata pertanyaan orang sekeliling tentang zur1at menyebabkan dia mula terfikir tentang cahaya mata.

Bagaimanapun, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 40, memberitahu dia dan isteri kini sibuk dengan kerjaya dan belum pernah berbincang soal anak.

“Apabila kembali bekerja, orang sekeliling mula bertanya dan membuatkan saya terfikir hal anak.

“Saya tanya kepada diri sendiri, sibuk sangat ke saya bekerja?

“Bagaimanapun saya dan isteri lebih fokus pada kerjaya masing-masing. Kami pun tak pernah bercakap tentang hal ini,” kata Remy kepada mStar.

Remy bernikah dengan ahli perniagaan Roszaliza Yusoff atau Ezza pada Ogos 2021.

Selain itu, Remy juga berkata, kesibukan bekerja juga menyebabkan mereka belum sempat berbulan madu.

Malah per4ncangan untuk mengerj4kan umrah turut tertangguh disebabkan beberapa kek4ngan.

“Selepas bernikah tak dapat nak honeymoon sebab ketika itu sek4tan pergerakan ke luar negara.

“Begitu juga dengan per4ncangan umrah. Awalnya nak ke sana tak boleh sebab belum lengkap vaksin.

“Sekarang perjalanan ke umrah kembali dis3kat. Kami juga sibuk dengan kerja.

“Belum ada rezeki untuk honeymoon, umrah dan memilik cahaya mata,” ujarnya.

Remy bakal menjadi juri TMSM musim kedua.

Remy ditemui ketika majlis sidang media program The Masked Singer Malaysia (TMSM) di VE Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Musim kedua ini Remy sekali lagi diberi tanggujawab sebagi juri bersama lapan orang selebriti lain.

“Gem3ntar juga dipanggil untuk jadi juri musim kedua, tetapi melihat kepada musim pertama ia satu program tang sangat seronok. Kami bagaikan satu keluarga.

“Rancangan ini wujudkan satu sisi lain dalam diri saya. Saya rasa lebih tenang, ceria dan suka untuk berkongsi,” jelasnya.

Sumber:mstar

Harap Maaf