Ciapan penceramah motivasi Azizan Osman di Twitter beberapa hari lalu nyata mengundang kritikan daripada para netizen di negara ini.
Dalam ciapan yang dibuat pada 16 Ogos, Azizan yang terkenal sebagai penceramah motivasi berkongsi sindiran mengenai golongan peniaga yang tidak berjaya membuat jualan sebanyak RM1 juta sebulan.
Buat apa berniaga bertahun-tahun tapi masih tak capai jualan 1 juta ringgit yang pertama setahun apatah lagi 1 juta sebulan? Kau berniaga ke isi masa lapang?
— Azizan Osman (@AzizanOfficial) August 16, 2020
Tidak bersetuju dengan sindiran yang dibuat Azizan itu, netizen kemudiannya tampil memberikan pandangan mereka mengenai perkara itu dengan jumlah retweet and comments di ciapan tersebut kini sudah pun mencapai 2,500 perkongsian.
Fungsi retweet and comments di Twitter membolehkan pengguna lain berkongsi kembali ciapan asal dan menambah komen serta pandangan mereka bersama sebelum berkongsikan dengan pengikut mereka.
Menurut mereka, ada sesetengah peniaga bukan sahaja mengejar keuntungan tetapi lebih kepada untuk menyara kehidupan demi membahagiakan keluarga di samping mencari keberkatan hidup.
Ada orang berniaga untuk hidup. Ada yang berniaga untuk kaya. Mak aku berpuluh tahun berniaga takde dpt sejuta pun tapi anak anak dia seronok je hidup. Lama jugak mak aku isi masa lapang. https://t.co/2YgexPsSep
— pa’ihihi (@norfaizzz) August 18, 2020
20 tahun mak saya berniaga, besarkan adik beradik saya, keempat empat kami mendapat ijazah dan berjaya mengubah kehidupan kami, still yet, mak saya tak pernah dpaat bukan 1juta, 100k pun tak pernah..
Adakah mak saya mengisi masa lapang?— Naimisme (@NaimPian) August 16, 2020
Bukan kekayaan yang ku kejar tapi keberkatan yang ku cari.Aku takut menjadi kaya kerana aku takut,aku lupa asal usul bila aku menjadi kaya. Alhamdulillah cukup dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada aku untuk membahagiakan keluarga .Amin https://t.co/cdSWUUQ8Kw
— M A L🇲🇾 (@ikmalmola) August 17, 2020
Bukan begini caranya memotivasi
Tidak sahaja mempertahankan perniagaan yang dijalankan bukannya untuk mengisi lapang, malah netizen turut berpendapat kenyataan tersebut sedikit sebanyak menyinggung perasaan golongan peniaga.
Walaupun menyedari sindiran yang dibuat itu adalah untuk memotivasikan namun susunan dan pilihan ayat yang digunakan sepatutnya disusun dengan lebih cermat bagi mengelakkan orang ramai terasa.
You shoud not say something like this man…really insulting https://t.co/DH7HqN9pjZ
— Luqmanhadi 🇲🇾 (@haditimmy) August 17, 2020
Tidak Jual Air Liur
Selain daripada menegur dan mempertikaikan sindiran yang dibuat penceramah motivasi itu, netizen juga pada masa sama turut mempersoalkan kredibiliti Azizan dalam memberikan nasihat kepada peniaga.
Azizan pada 2016 pernah dinafikan beberapa universiti di atas dakwaannya memiliki pengiktirafan sijil doktor falsafah PHD dan pernah menjadi topik perbualan hangat suatu ketika dahulu.
Apa pula pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah patut sindiran tersebut diberikan kepada golongan peniaga atau sepatutnya motivasi yang lebih baik diberikan?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: Twitter