Penjelasan Nadir Al-Nuri Buka Mata Netizen Kisah Ebit Lew Di G4za

CERITA belakang tabir seperti didedahkan seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung G4za iaitu Nadir Al-Nuri akhirnya memberi sedikit ‘kekuatan’ kepada Caprice untuk terus bersuara.

Semangat Caprice atau Ariz Ramli, 33, kembali berkobar-kobar selepas dia dihujani dengan mesej di Instagram daripada netizen yang tampil memohon maaf kepadanya.

Ia berlaku susulan pendedahan Nadir atau Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4za Malaysia tentang m1si kemanus1aan ke G4za oleh personaliti dakwah, Ebit Lew.

“Alamak banyak sangat DM (mesej langsung) minta maaf secara tiba-tiba. Dengan post ni Caprice nak cakap… kita terus terang maafkan semua yang cac1, mak1 kita.

AAAAa

Netizen tampil memohon maaf kepada Caprice.

“Cara Caprice tetap salah dan Alhamdulillah juga sebab sejak kita viraI, Caprice banyak belajar tentang kesabaran, pejuang dan PaIestin.

“Tak mengapa guys, Islam ajar kita untuk minta maaf apabila silap dan maafkan orang,” katanya menerusi rantaian posting di Istastory pada Rabu.

Caprice turut berkongsi beberapa mesej permohonan maaf daripada netizen.

“Kebenaran mula berlaku, saya minta maaf kerana berprasangka buruk terhadap anda, Cap. Semoga Allah berikan syurga untuk anda, bro.

“Saya minta maaf juga Cap, semoga Allah permudahkan urusan.

“Alhamdulillah untuk penerangan Nadir. Lihatlah Allah dah bantu untuk terangkan bagi pihak Caprice melalui tuan Nadir. Semoga Allah lindungi anda,” tulis beberapa netizen.

Pada Selasa, Nadir tampil membuat penjelasan panjang lebar berhubung misi kemanusiaan di G4za membabitkan Ebit menerusi saluran Telegram miliknya yang antara lain menyentuh mengenai cara pasukan pendakwah itu melaksanakan m1si berkenaan.

Bagaimanapun ujar Nadir dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai satu iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

Susulan penjelasan Nadir, Caprice juga berkata dia akan meneruskan sesi Instagram live seperti yang dijanjikan bagi mendedahkan tentang apa yang sebenarnya berlaku di G4za.

“Cara Nadir matang, cara Caprice salah sebab terlalu dengan emosi dan marah.

“Harap selepas IG live pada pukul 10 malam ni, kita semua dapat tutup buku dan jalan terus ke depan,” katanya.

Terima Kasih Pembaca.

sumber : mStar

Harap Maaf