Insiden Pintu Kereta Kena Langgar Terakam Dalam “Live” Peniaga Putu Piring Ini Raih Perhatian

PADA zaman sekarang fungsi “Live” sudah menjadi satu platform buat para peniaga untuk memberitahu pengguna media sosial lain mengenai perniagaan mereka. Bagaimanapun satu insiden tidak sengaja terakam oleh peniaga putu piring di Melaka ketika sedang melakukan live pada awal pagi semalam.

ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻

Ketika Facebook Kelasssik Putu Piring menyiarkan video live, sementara beberapa orang pelanggan sedang berdiri di hadapan gerai, kelihatan sebuah model MPV dipercayai Proton Ertiga meletakkan kenderaan di seberang tepi jalan.

Tidak lama kemudian apabila seorang wanita di tempat duduk penumpang hadapan membuka pintunya, datang sebuah Proton Saga dari belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh pintu MPV terbabit.

@putupiringviralmelaka Perhatikan. Bahaya park tepi jalan.. Kejadian berlaku di depan kedai Kelasssik Putu Piring Tengkera #putupiringviralmelaka #kelasssikputupiring #fyp ♬ original sound – Saudagar Kelasssik Putu Piring

Rempuhan itu membuatkan semua pelanggan yang berada di sekitar gerai putu piring tersebut berasa terkejut. Manakala, wanita yang berada di dalam MPV itu terpinga-pinga sejurus pintu kereta itu hancur dilanggar. Bagaimanapun dipercayai tiada kecederaan yang serius berlaku semasa insiden terbabit berlaku.

Siaran live masih lagi berjalan dan kelihatan pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut bergerak dengan perlahan-lahan sehinggalah kereta MPV itu dialihkan dari tempat kejadian.

Rakaman video itu kemudian disunting dan dimuat naik semula pada TikTok @putupiringviralmelaka sebelum orang ramai mengongsikan semula di platform Facebook.

Rata-rata ramai netizen menegur perbuatan wanita berkenaan yang tidak melihat cermin sisi dan melihat bahagian belakang bagi memastikan tiada kenderaan lain yang menghampiri sebelum membuka pintu.

Tambah netizen lagi, semasa meletakkan kereta di tepi jalan serta kawasan sempit, pastikan pintu kereta tidak dibuka dengan luas seperti mana kereta tersebut diletakkan di dalam kotak parkir kerana tindakan itu boleh mendatangkan bahaya.

Ada juga netizen berkongsikan tips yang baik untuk kita semua dipraktikan — bagi penumpang tempat duduk hadapan, boleh buka pintu menggunakan tangan kanan, secara automatik kepala penumpang akan melihat bahagian belakang untuk melihat keadaan sekeliling terlebih dahulu bagi memastikan semuanya selamat untuk keluar daripada kereta.

Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻

Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.

sumber : vocket

PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Harap Maaf