Pengutip Sampah Terkejut Kutip Batu ‘Rare’ Bernilai RM2.9 Juta

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa sangka, seorang pengutip sampah di Thailand ini yang kutip sebongkah batu di tepi pantai ini seolah mendapat rezeki terpijak kerana ianya bukan batu biasa.

Menurut laporan Tribun News, pengutip sampah itu iaitu Surachit tidak menyangka batu yang ditemuinya adalah ambergris yang bernilai tinggi. Untuk pengetahuan anda, batu tersebut bernilai 537,500 Pound Sterling (~RM2.9 Juta).

Surachit menemui batu itu dihanyutkan air di pinggir sampah ketika beliau mengutip sampah. Lalu, Surachit membawa ia pulang dan mendapati ia mengeluarkan bau aneh seperti lilin.

Berikutan itu, beliau memaklumkan rakannya dan mereka menyangka batu itu adalah ambergris iaitu bahan buangan ikan paus. Lalu, mereka memeriksa batu itu dengan membakarnya sehingga ia mengeluarkan bau yang harum.

Ambergris kebiasaannya didapati dalam usus ikan paus. Bahan ini terbentuk akibat tindak balas ketika proses penghadaman mamalia itu. Keunikan ambergris adalah kerana bahan ini sukar diperolehi dan digunakan sebagai antara bahan dalam pembuatan minyak pewangi.

Kini, beliau sedang menunggu pakar kerajaan yang ‘relevan’ untuk menilai batu berkenaan.

Sumber: Tribun News

Harap Maaf