Pemuda Parodi Baju Pokok Bunga Aina Abdul, Ber4ni Pat4hkan Pokok Inai Ketika 1bu Tiada Di Rumah

BELUM sempat siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) pada Ahad lalu berakhir, video T1kT0k pemuda ini v1ral gar4-gar4 par0di busana persis pokok bunga yang digayakan penyanyi Aina Abdul.

Menurut Mohamad Hanif Mohd Shukri, 20, dia yang meminati Aina tidak mengambil masa yang lama untuk melakukan par0di tersebut.

“Bunga-bunga tu ambil di ruang tamu saja. Cuma daun tu saya petik di depan rumah ketika tengah hujan lebat.

“Nasib baik juga ibu tiada di rumah ketika tu, jadi senang la saya buat kerja,” katanya ketika dihubungi mStar.

Kata pemuda dari Sungai Petani, Kedah ini lagi, dia tidak mahu ketinggalan untuk melakukan par0di pakaian Aina kerana menyifatkan ia unik dan menarik.

Untuk rekod, Aina yang tampil berduet dengan penyanyi Khai Bahar menerusi lagu Nafas Cinta mencuri tumpuan apabila menggayakan pakaian seperti pepohon bunga hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.

Sumber: mStar

Harap Maaf