Peminat Shukri Yahaya berani luah hasrat nak bermadu dengan Tya Adnan

GARA-GARA penangan drama 7 Hari Mencintaiku 2, seorang wanita berani meluahkan hasrat untuk menjadi madu kepada isteri pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan.

Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 28, menerusi Instagramnya memuat naik paparan skrin perbualan dengan wanita berkenaan yang berjanji untuk berkongsi kebahagiaan bersama.

Malah, wanita tersebut juga mengakui kini belum bekerja dan berjanji untuk melakukan kerja-kerja rumah jika mereka hidup bermadu.

Tya berkongsi perbualan di Instastory miliknya.

“Boleh minta nombor WhatApps, akak ada niat baik ni nak berkongsi bahagia dengan Tya boleh?

“Akak orang susah belum bekerja, nak kerja belum ada rezeki. Boleh bermadu dengan Tya sebab akak nak hidup dengan keluarga Tya.

“Handsomelah suami Tya akak suka, akak boleh tolong Tya di rumah. Akak cuma nak ada suami yang boleh lindungi akak di dunia dan akhirat, nak sama-sama pergi umrah dengan Tya. Itu je maksud akak” tulis individu itu.

Sementara itu, Tya memberi reaksi terkejut dengan perangai pelik segelintir netizen yang semakin hilang sifat malu.

Malah katanya, dia sudah pun menyekat akaun Instagram wanita berkenaan di laman sosial tersebut.

“Aneh-aneh betul! Korang tolong DM (mesej peribadi) kakak ni sekejap, kasihan dia kesepian” ujarnya.

Tya mendirikan rumah tangga dengan Shukri Yahaya pada 20 November 2015 di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena, 4, dan Maleew Miqayl yang kini berusia tiga bulan.

Sumber:  mStar Online

Harap Maaf