Pembelian Buku Percuma Dengan Harga RM21,000 Jadi Perbincangan Hangat Netizen

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai topik pemberian tender rundingan terus oleh kerajaan seperti diumumkan Kementerian Kewangan di sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam senarai 101 kontrak yang diberikan secara rundingan terus itu, tender rundingan terus kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk pembelian buku yang dikatakan bernilai lebih RM21,000 menjadi antara yang paling hangat diperkatakan di media sosial.

Ini kerana buku tersebut yang bertajuk A Better World Volume 5: Actions and Commitments to the Sustainable Development Goals, menurut Malaysiakini boleh didapati secara percuma di Internet termasuk yang dimuat naik penerbit buku itu sendiri Tudor Rose.

Selepas mengetahui buku tersebut dikatakan boleh dibaca secara percuma di atas talian, ia terus menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen terutamanya di Twitter.

Rata-rata mereka mempersoalkan kenapa kerajaan sebelum ini membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk membeli sebuah buku yang boleh didapatkan secara percuma di internet.

Bagaimanapun, sehingga kini difahamkan masih belum ada penjelasan dan kenyataan mengapa kerajaan membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan buku tersebut.

Semakan kami juga mendapati pautan untuk mengakses buku tersebut secara atas talian dan percuma itu juga menemui jalan buntu selepas ianya tidak dapat diakses.

Malah, salinan buku 136 halaman tersebut yang tersedia di Internet seperti dinyatakan juga hanyalah merupakan versi digital dan bukannya yang dicetak dan berkemungkinan juga pesanan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini adalah untuk versi bercetak dimana jumlah bilangan buku yang telah dipesan juga tidak diberitahu dengan lanjut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Twitter

Harap Maaf