Pembelian Abang Melalui Shopee Tapi Chat Dari Seller Ini Lagi Menarik Perhatian

MENERUSI bermacam-macam aplikasi, kita boleh mendapatkan pelbagai barangan dengan begitu mudah yang mana hanya klik dihujung jari.

Malah platform seperti Shoppe mahupun Lazada telah menjadi antara yang popular buat ramai kerana ia menjadi pilihan dengan mendapat pelbagai tawaran disamping boleh berbelanja dengan mudah.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa perkara yang dijual mengundang ramai terhibur dan antaranya perkara seperti yang dilihat oleh wanita ini di laman Shoppe.

@nrlainsyhda_Akibat lama sangat pkp 😂😂😂 ##KiehlsCalendulaGlow ##masukberandafyp♬ original sound – Ain Syuhada

“Abang single untuk diletgo,’ begitu tajuk barang yang ingin dijual oleh salah seorang pengguna Shoppe yang lalu diusik pengguna TikTok atas nama Ain Syuhada.

Dia membeli ‘Abang single untuk diletgo’ itu dengan harga 10sen sahaja dan tidak semena-mena selepas membuat pembayaran dia menerima mesej di aplikasi tersebut.

Walau bagaimanapun selepas meminta maaf dia juga sama akui bergurau dengan hal itu dan melalui ruangan komen di video itu, telatah si adik yang ingin menjual abang membuatkan ramai terhibur dengan ribuan tanda suka ditinggalkan berserta ribuan mata menonton.

“Hahaha nak jual sangat kan. Bagi sekarang hak akak ni”

Shoppe

“Tahu dia nak takut bila ada orang purchase…”

Shoppe

“Saya letak diri saya sendiri weyy, ramai nak beli dohh”

IMG_20210728_105228

sumber : HCL

Harap Maaf