DEMI menjaga nama baik suami, Neelofa mengambil pendekatan untuk tidak lagi berada dalam satu frame dengan tetamu lelaki bukan muhrim menerusi mana-mana siaran program televisyen selepas ini.
ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻
Menurut Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, keputusan tersebut dilakukan sendiri olehnya bagi mengelakkan pandangan tidak manis berikutan statusnya sebagai isteri orang.
“Itu kemahuan saya sendiri, secara logiknya bila buka televisyen nampak saya duduk di sebelah lelaki memang tidak manis dan tidak sesuai”.
“Tidak eloklah untuk sesiapa sahaja berstatuskan isteri. Saya buat ini lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga untuk menjaga nama baik dan maruah suami”.
“Keputusan ini saya ambil atas kemahuan sendiri, bukanlah suami meletakkan syarat tertentu kepada saya”.
“Saya dengan tenang hati buat benda itu sebab saya rasa ia adalah benda yang baik” katanya kepada media.
View this post on Instagram
Neelofa ditemui pada majlis sidang media program bual bicara, Next to Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Menerusi program tersebut, kesemua tetamu undangan Neelofa terdiri selebriti wanita berhijab termasuk ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Meskipun begitu, Neelofa memaklumkan dia masih boleh bekerjasama dengan selebriti atau figura lelaki sekiranya ada individu lain yang turut diundang bersama dalam sesebuah program itu.
“Kalau ada tetamu lain sekali pun, mungkin bukan dua orang tetapi beberapa orang yang ada lelaki dan perempuan, itu saya okay”.
“Saya ambil kira apa yang dipaparkan dan yang dipertontonkan kepada orang ramai” katanya lagi
View this post on Instagram
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenar, Haris Ismail, 27, pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.
Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻
Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.
sumber : Media Hiburan
PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.