PENAMPILAN pelakon popular, Nad Zainal mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan imej berhijab dalam beberapa posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻
Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin mula berkongsi penampilan itu sejak beberapa hari lalu sekali gus mencetuskan persoalan sama ada dia sudah berhijab atau sebaliknya.
Difahamkan, pelakon berusia 32 tahun itu kini berada di Thailand bagi menjalani penggambaran sebuah travelog untuk kandungan di saluran YouTube bersama rakan artis Ungku Ismail.
View this post on Instagram
Malah, Nad turut memuat naik beberapa InstaStory dengan imej berhijab sepanjang ‘berjalan-jalan’ bagi menjayakan penggambaran tersebut.
Oleh kerana imej sopan tersebut, rata-rata peminat menyambut baik penampilan pelakon drama Cina Buta itu yang dilihat lebih manis dan sejuk mata memandang.
Tidak kurang ada juga segelintir individu menitipkan doa berharap Nad kekal beristiqamah dengan imej menutup aurat.
Cantik.. moga terbuka pintu kebaikan
Dah pakai tudung ke.?
Jangan seksi-seksi lagi
Bagaimanapun, dia belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penampilan tersebut sama ada telah berhijab atau untuk penggambaran semata-mata.
Terdahulu, Nad mengakui selesa berkawan dengan aktor berkenaan selain merancang bagi melakukan kerjasama dalam pelbagai projek pada masa akan datang.
Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻
Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.
sumber : Oh My Media
PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.