Nabil Ahmad Syukur Isteri Serta Rakan Artis Mula Berhijab

PENGACARA dan pelakon, Nabil Ahmad akui dia juga bersyukur melihat perubahan isterinya iaitu Nazira Ayub dan rakan-rakan selebriti seperti Nana Mahazan yang kini sudah berhijab.

Menurut Nabil dia menganggap penghijrahan tersebut sedikit sebanyak kesan daripada pemergian Allahyarham penyanyi Siti Sarah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Satu berita yang sangat menggembirakan bila ramai rakan-rakan selebriti sudah bertudung.

“Tahniah dan bersyukur, saya tengok perubahan isteri pun rasa syukur sangat.

“Saya doakan mereka ini terus istiqamah. Sebab ujian kita zaman sekarang ini lain sikit. Takut Allah beri hidayah, Allah boleh tarik balik.

“Bagi saya, perubahan ini sedikit sebanyak kesan daripada pemergian arwah Siti Sarah.

Menurut menurut pelawak berusia 37 itu lagi, isterinya juga kini dalam proses untuk berubah menjadi lebih baik dengan memadam foto lama yang tidak menutup aurat.

“Kita tak tahu bila akan sampai waktu kita. Macam saya dan isteri pun sudah padam gambar-gambar lama.

“Isteri saya pun dah padam gambar dia tidak bertudung sebelum ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Pengacara program Gegar Vaganza itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual sempena ulang tahun ke-25 Astro secara maya pada Selasa.

Isteri kepada Nabil mula mengenakan hijab sejak Januari lalu manakala baru-baru ini ramai selebriti antaranya Nana Mahazan, Fieya Julia, Vicha Saywho dan Izara Aishah bertudung.

sumber : Gempak

Harap Maaf