Mula Kenal Melalui Game PVBG Dan Hubungan Makin Rapat. Taufiq Hanafi Selamat Bertunang.

Pelakon Taufiq Hanafi mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya Farah Azrina, pada Ahad.

Taufiq ketika dihubungi Gempak berkata, dia bersyukur kerana semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakan serba sederhana dan penuh bermakna itu diadakan di rumah keluarga tunang saya di Rawang.

“Majlis hanya dihadiri keluarga terdekat. Insya-Allah jika ada rezeki nanti kami akan undang kawan-kawan ke majlis perkahwinan kami,” katanya.

Tambah Taufiq, dia dah Farah merancang mengikat tali pertunangan selama satu tahun, tetapi jika diizinkan Allah SWT, mereka mahu mempercepatkan tarikh pernikahan.

“Kalau ikut syarat…kami ikat setahun, tetapi kalau ikut perancangan mungkin nak kahwin dalam tahun ini juga.

“Kalau ada rezeki lebih kami nak melangsungkan perkahwinan pada Oktober atau November tahun ini,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuannya dan Farah menerusi aplikasi permainan video atas talian PVBG, Taufiq berkata hubungan mereka hanya bermula sebagai kawan.

“Kisahnya, kami mula berbual melalui game PVBG, tapi sebelum tu ada lah kami saling tinggalkan komen dalam media sosial.

“Itu pun bila saya komen Farah tak balas. Sombong dia dulu…Tapi lama-lama dah borak dan main game PVBG sama-sama hubungan tu terus jadi rapat.

“Alhamdulillah, bertunang la kami,” katanya.

Terdahulu Taufiq turut memuat naik foto bersama tunangnya di laman sosial Facebook.

“Terima kasih kepada PVBG, sebab melaluinya kami berkenalan,” katanya pada hantaran tersebut.

Sumber:Gempak

Harap Maaf