Moment Adik Ini Meronta Enggan Naik Ambulans Bikin Netizen Sebak

BERPISAH antara ibu bapa dengan anak walaupun seketika tetap mengundang kesedihan dan kerinduan mendalam.

Apatah lagi, permata hati yang masih kecil. Pastinya memerlukan pemantauan sepenuhnya di depan mata.

Namun begitu, penuIaran Cov1d19 sememangnya tidak mengenal usia.

Baru-baru ini tuIar di media sosial video seorang kanak-kanak menangis dan meronta apabila dijemput
petugas kesihatan untuk dibawa ke pusat kuarantin.

@hazimyunus91Lagi sorang anak sulong kena ambil jugak..moga tuhan melingduangi keluarga saya..allah sedihnya hanya tuhan yang tau##covid19 ##angguns♬ MAS JUN hanya satu persinggahan – 🐎🎸M͓̽A͓̽S͓̽ ͓̽J͓̽U͓̽N͓̽🎸🐅

Kanak-kanak perempuan itu dilihat enggan menaiki kenderaan tersebut sehingga terpaksa didukung oleh ahli keluarganya.

Ramai meluahkan rasa sedih melihat kanak-kanak tersebut menangis dan enggan menaiki kenderaan tersebut
selain mempersoalkan mengapa dia tidak ditemani oleh penjaganya.

Sehubungan itu, bapa kanak-kanak itu dikenali Hazim Yunus menerusi perkongsian di TikTok tampil
mengatakan anak perempuannya menangis dan terpaksa dipujuk ahli keluarga untuk menaiki ambulans ketika
kenderaan itu tiba di rumahnya.

@hazimyunus91Balas kepada @leenaleen8 harap paham la ye..bukan kita nk marah😭😭##angguns ##covid19

♬ bunyi asal – Hazim Yunus

Jelas Hazim, sebenarnya anak sulungnya itu baru sahaja disahkan pos1tif.

“Anak saya dihantar ke pusat kuarant1n di mana isteri saya sudahpun berada di sana terlebih dahulu.

“Kami semua sudah berada di pusat kuarant1n. Anak saya yang ini baru sahaja didapati posit1f Cov1d1, wajib ada penjaga kanak-kanak. Jadi, ambulans akan hantar anak saya kepada ibunya,” katanya.

Katanya lagi, ribuan komen mengatakan kenapa anaknya dibiarkan begitu.

“Kita pun tak nak kalau anak kena macam tu, tapi dah terp4ksa. Neneknya yang jaga kat rumah sebab kami semua di pusat kuarant1n,” jelasnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih melihat situasi kanak-kanak berkenaan.

Kata mereka :

“Sedih melihat kita semua diuji. Semoga hikmah ujian Cov1d19 ini membuat kita sedar dan merenung di
sebalik kejadian.”

“Ya ALLAH, sebaknya melihat budak-budak yang kena. Semoga dilindungi ALLAH dan segera sembuh.”

“ALLAH… sedihnya tengok, moga semua ahli keluarga tabah dengan ujian ini.”

“Aku tak boleh tengok budak macam ni, aku dah rasa positif. Kita pun rasa tertekan apatah lagi budak
kecil macam ni.”

“Walaupun bukan anak sendiri, tak dapat bayangkan perasaan keluarganya. Semoga kembali sembuh.”

sumber : SinarPlus

Harap Maaf