“Mata Pun Dah Ped1h-Ped1h, Hilang Kata-Kata,” – Berjaya On Air 18 Jam, Jep Sepahtu Lvnas ‘D3nda’ Di Sin4r FM

Semalam, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu telah mencipta rekod baru di dalam kariernya selepas dia bersiaran selama 18 jam tanpa henti di stesen radio Sin4r FM.

Tugasan yang diberi nama ‘Jep Tawan Sin4r’ itu merupakan d3nda yang harus dilvnaskan oleh Jep selepas dia tewas didalam satu permainan tidak lama dahulu.

Tugasan Jep bermula seperti biasa seawal jam 6 pagi bersama trio popular Angah dan Rahim menerusi segmen Pagi Di Sin4r.

Menerusi segmen tersebut, penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira dijemput sebagai artis jemputan.

Usai sudah Pagi Di Sin4r, Jep meneruskan lagi tugasnya itu dengan menemani rakan penyampai Dina Nazir menerusi segmen Sin4r Solo daripada pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Di sebelah petang pula, kehadiran Jep memeriahkan lagi cel0teh penyampai Hefny Sahad dan Siti Elizad melalui segmen Duo Sinar bermula jam 3 petang hingga 7 malam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Acara kemuncak bagi tugasan Jep Tawan Sinar apabila Jep turut bergandingan bersama rakan penyampai Falyq Hikyle menerusi segmen R&R Sinar dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

Menerusi segmen itu juga, Jep diberi kebebasan untuk memutarkan lagu pilihannya selama empat jam.

Selepas berakhirnya tugasannya itu, Jep merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pendengar yang menunjukan tanda sokongan buat dirinya selama 18 jam ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata net1zen terhibur dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan Jep sepanjang bersiaran pada Isnin.

Komen net1zen:

 

Sumber : MH

Harap Maaf