Lelaki Misteri Bertongkat Hadapan Rumah 520 Pagi Bikin Penduduk Seram

UNTUK mengatakan sesuatu kejad1an pelik itu suatu perkara yang ada hubungkaitnya dengan perkara mistik amat sukar kerana kita sendiri tidak tahu mengenai kesahihannya.

Kejad1an misteri di rumah

Namun, menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ruqaiyyah Annamirah, dia telah berkongsi satu kejadian yang agak pelik dan menakutkan keluarga serta jiran terdekatnya susulan kemunculan sebuah kereta Proton Iswara yang berlegar-legar di unit lot kawasan rumah mereka seawal jam 5.20 pagi.

Menurutnya, ada seorang lelaki tua bertongkat masuk ke dalam rumah jirannya yang membela anjing berwarna hitam dan membuka sangkar haiwan tersebut.

Main-main dengan anjing jiran

Merenung tak berganjak apabila ada yang perasan

Apa yang menyeramkan adalah ketika pengguna Facebook itu perasan akan kehadiran lelaki tua tersebut dan mereka saling bertatapan. Lelaki itu langsung tidak berganjak dan hanya merenung tepat ke arah mereka.

Tak lama selepas itu, lelaki bertongkat tersebut perlahan-lahan bergerak ke belakang rumah.

Mustahil lelak tua panjat pagar automatik berkain pelikat

Menurut Ruqaiyyah Annamirah lagi, agak mustahil untuk seorang lelaki warga emas berkain pelikat untuk menjat pagar yang tinggi ataupun melompat keluar daripada kawasan perumahan kerana pintu pagar yang digunakan adalah jenis autogate dan hanya boleh dibuka secara paksa dengan memecahkannya.

Secara kebetulan pula, kawasan perumahan mereka sudah beberapa hari kerap terputus bekalan elektrik sekitar jam empat ke lima pagi sejak kebelakangan ini dan suaminya pula banyak kali mendengar seperti batu kerikil dikuis dari luar.

Polis syak orang gila ceroboh rumah. Tapiā€¦

Walau bagaimanapun, mereka sudah membuat laporan polis berkaitan hal tersebut dan pihak berkuasa mengandaikan berkemungkinan orang tua terbabit adalah individu yang mengalami masalah sakit jiwa kerana tidak ada motif lain selain itu.

Namun, pengguna Facebook berkenaan masih lagi ragu-ragu berikutan lelaki tersebut boleh memasuki pintu pagar automatik tanpa harus merosakkannya.

Dia akui khuatir kejadian tersebut terus berulang kerana bimbang akan keselamatan keluarga terutama anak-anak yang berada di dalam rumah.

Cuba tanya pengawal dekat situ

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang telah meninggalkan komen dengan mengakui pelik melihat kejadian tersebut.

Mereka juga meminta agar tuan rumah terus berhati-hati kerana boleh jadi ada insan yang berniat tidak baik dan ingin menggangu kawasan perumahan tersebut.

Biarlah polis siasat

Harap bukan cerita palsu

Amalkan surah yasin ayat 9

Ada yang kongsi pengalaman hampir sama

sumber : OhMyMedia

Harap Maaf