” Lawa tuu.. try laa mamu ” – Netizen ‘Usik’ Sharnaaz Yang Bimbangkan Azira Shafinaz Berjemur Tengah Panas

Umum mengetahui pelakon Sharnaaz Ahmad kini bergelar duda. Sejak berp1sah dengan bek4s isteri, usahawan Noor Nabila Mohd Noor dua tahun lalu, kehidupan dramat1s itu kelihatan normal, sama seperti anak seni lain.

Sungguhpun sibuk dengan karier sebagai pelakon dan juga Youtuber, Sharnaaz masih kerap dilihat menghabiskan masa dengan anaknya, Jebat Jayden yang kini sudah pun berusia empat tahun.

Walaupun rutin hariannya berjalan seperti biasa, namun, Sharnaaz tetap tidak terlepas dengan gosip cinta. Sejak awal tahun lalu, Sharnaaz dikatakan sedang menjalani hubungan istimewa dengan penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

Namun, baik Azira mahupun Sharnaaz, masing-masing tidak mengaku tentang gosip yang bertebaran itu.

Menerusi beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Sharnaaz berkata, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa. Cuma, dia masih dalam proses mengenali kerana mahu mencari yang terbaik.

Kata Sharnaaz lagi, yang terbaik itu bukanlah untuk dirinya, tetapi untuk Jebat dan masa depan anaknya.

Bagaimanapun, usikan nakal netizen tidak pernah berhenti. Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Azira memuat naik gambarnya yang sedang berada di tepi pantai. “Bawak diri jap” tulisnya ringkas di ruang kapsyen.

Menariknya, pada ruangan komen, Sharnaaz meninggalkan respons pada gambar yang  telah dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon itu

.Pada ruangan balasan, netizen turut sama mengusik Sharnaaz dengan respons-respons yang agak melucukan.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan berc3rai pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia empat tahun.

Komen netizen:

Sumber: Gempak

Harap Maaf