Kisahnya Guru Tadika Ters1lap Panggil ‘Kakak’, Budak Lelaki Terp4ksa Korb4nkan Rambut Hampir 4 Tahun…

“KAKAK nama siapa”

Soalan daripada guru tadika kepada seorang kanak-kanak berusia lima tahun ini menc3tuskan momen “ah sudah” pada ibunya.

Masakan tidak, walaupun berambut panjang, kanak-kanak itu sebenarnya lelaki.

Bercakap kepada mStar wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai, Nuruljannah, 32 berkata, dia mula menyimpan rambut anaknya, Uthman Zubit Faeez Abdullah, sejak berusia lebih setahun.

Dia yang mesra dipanggil Nurul turut berkongsi video gelagat anaknya yang cukup sed1h apabila rambutnya terp4ksa dipotong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebelum ini saya ada potong, tapi sikit-sikit je.

“Uthman lagi suka berambut panjang sebab pakcik dia memang simpan rambut panjang, nenek dia pun suka Uthman rambut panjang.

“Dia pun tak ada masalah, tak pernah mengadu rimas,” katanya yang bekerja sebagai pengedar barangan Young Living.

Uthman ketika pergi ke sekolah.

Menetap di Puchong, Nurul berkata, dia dan suami terp4ksa ‘mer4suah’ anak bongsu mereka itu dengan makanan kegemarannya semata-mata untuk memujuk kanak-kanak tersebut memotong rambut.

“Saya beritahu dia last minit, masa dah dalam perjalanan ke kedai gunting rambut, jadi dia meng4muk dalam kereta tak nak gunting, sampai kedai pun dia meng4muk.

“Ada suami isteri yang tunggu anak mereka potong rambut tolong pujuk Uthman sekali, tapi dia sampai sudahnya lari keluar dari kedai, jadi saya terp4ksa telefon ayah dia yang kebetulan dah habis kerja.

“Ayah dia datang pujuk lama juga, ayah dia cakap lepas gunting rambut nak bawa dia jalan-jalan naik motor, beli coklat gemuk, coklat kegemaran dia dari kecil KinderJoy, akhirnya dia pun meng4lah.

“Tapi dari air muka memang nampak dia sed2h,” katanya sambil menambah mereka membuat keputusan untuk memotong rambut Uthman memandangkan dia sudah mula tadika.

Rambut Uthman sebelum dan selepas dipotong.

Walaupun sed2h, Uthman tetap menerima keadaan itu.

“Kalau tengok video nampak kaki dia goyang-goyang sebab gementar tapi lepas dah potong dia tengok cermin dia cakap “comellah, macam Uthman yang dulu”.

“Saya ingatkan dia, kalau dah sekolah kena rambut pendek, baru kemas, Alhamdullilah dia tak banyak karenah,” katanya.

Nurul bersama suami dan anak-anaknya.

Menurut Nurul walaupun berambut panjang, anaknya itu seorang kanak-kanak yang kuat serta tidak mudah menangis.

“Tak semestinya anak lelaki simpan rambut anak panjang akan bagi kesan negat1f pada anak-anak, yang penting didikan kita.

“Macam Uthman watak dia memang boy sangat, tak mudah memangis, dia kuat, tak ada pun mainan budak perempuan, memang lasak macam anak lelaki lain,” katanya.

Walaupun suka menyimpan rambut panjang, Uthman tetap lasak seperti kanak-kanak lelaki lain.

Sementara itu berkongsi pengalaman hari pertama Uthman ke sekolah, Nurul berkata, anaknya itu kelihatan sangat teruja.

“Hari pertama dia sekolah tak ada masalah Alhamdullilah, hari kedua, pukul 11.30 pagi dia dah siap suruh hantar pergi sekolah, padahal sekolah dia pukul 12.30 tengah hari,” katanya.

Sumber:mstar

Harap Maaf