INFLUENCER dan usahawan terkenal, Khairul Aming menjadi bualan netizen apabila dia menjadi wakil bagi negara Malaysia hadir ke sebuah majlis TikTok For Your Stage yang diadakan di Indonesia, pada 29 Oktober lalu.
ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻
Menerusi video yang dimuat naik oleh Khairul Aming di laman TikToknya, dia berkongsi beberapa persiapan yang dilakukan oleh usahawan yang berusia 30 tahun itu termasuklah membeli pakaian yang sesuai bagi menghadiri majlis tersebut.
@khairulaming Eh macam kenal je kat airport tu haha. Persediaan untuk ke #TikTokForYouStage di Jakarta Indonesia. Korang jangan lupa tengok event ni live malam esk kat @tiktokIDofficial ♬ Dancing Queen (Instrumental) – Jack Ontario Soundorchestra
Bukan itu sahaja, dia juga turut berkongsi inspirasi bagaimana berjaya menjadi seorang pencipta kandungan (content creator) dan usahawan yang berjaya.
Apa yang menarik perhatian netizen, Khairul Aming telah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya apabila memberi ucapan ketika siaran langsung majlis tersebut ternyata meraih pujian serta kebanggaan orang ramai terutamanya warga Malaysia.
Jelasnya, inspirasi tersebut adalah datang daripada pengikutnya sendiri di laman sosial yang telah membuatkan dia meraih apa yang dicapai pada ketika ini.
@khairulaming Sepatah dua kata dari team creator Malaysia 🇲🇾🥹 #TikTokForYouStage @TikTok For You Stage @tiktokIDofficial ♬ original sound – Khairulaming

“Inspirasi saya semestinya daripada pengikut itu sendiri. Saya sudah buat video masak lima tahun, ada yang menggunakan video tersebut untuk keluarga, pelajar gunakan untuk masak di rumah sewa dan ada juga gunakan untuk perniagaan”.
“Jadi, semua kisah-kisah ini memberi inspirasi kepada saya dan memberi kesedaran bahawa sebenarnya banyak nilai kita sebagai content creator boleh beri kepada masyarakat walaupun video sepajang satu minit. Salam sayang daripada Malaysia, terima kasih semua” ujarnya.

Kagumnya, Tahniah Khairul Aming.!
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan menitikan ucapan tahniah buat Khairul Aming atas pencapaian yang dikecapinya.







Sangat memberi inspirasi.!
Malah, kata-kata dalam ucapan bahasa Melayu yang disampaikan oleh Khairul Aming ternyata sangat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus berjaya dalam kehidupan dan kerjaya.





Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻
Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.
sumber : Oh My Media
PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.