KesiIapan Kecil Dari Perbualan Whatsapp Ini Buatkan Ramai Relate Dengan Kehidupan Mereka

MEMLIKI telefon pintar menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian. Manakan tidak, ia memudahkan segala urusan komunikasi dari jarak jauh menerusi penggunaan pelbagai aplikasi untuk berhubung.

Antara yang paling popular iaitu aplikasi Whatapps. Selain menulis pesanan ringkas, penggunaan emoji di dalam aplikasi ini memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu menaip teks yang panjang untuk membalas mesej.

Namun, penggunaan emoji ini boleh disalah tafsir jika tidak mengetahui makna sebenar di sebalik emoji itu seperti perkongsian oleh seorang pemuda di akaun Twiter @caden_harriss.

Lucu di mana ayahnya tersilap membalas mesej dengan emoji ‘jari tengah’ dan menyangkakan ianya emoji yang betul untuk merujuk kepada perkataan ‘tunjuk’.

“Bapak aku pun, kalau kena buang kerja aku tahu punca dia daripada apa..”

Apa yang lebih menghiburkan, ayahnya juga tidak sengaja menggunakan emoji itu kepada majikan atas urusan pekerjaan. Harris kemudiannya menjelaskan emoji mana yang dimaksudkan dengan ‘tunjuk’.

Di ruangan komen, rupanya perkara ini tidak berlaku kepada Harris sahaja, malah turut berlaku kepada warganet lain di Twitter.

“My mom selalu bagi middle fingger kat i…”

“Cikgu aku pun terguna emoji tu…”

“Same energy here…”

Posting berkenaan telah meraih lebih 40 ribu tanda suka dan 25 ribu ulang kicau dari warganet yang rata-ratanya dilihat terhibur.

“Hadeh. Hahahah terhibur la…”

“Okay sumpah aku gelak macam orang gila baca ni…”

“Benda paling kelakar pernah aku baca sepanjang lockdown ni…”

sumber : SiakapKeli

Harap Maaf