Kawan ‘Masuk Air’ Tanpa Seg4n Silv Usung Kadbod Gergasi Sampai Pelamin, Tuan Badan Akui M4lu Tapi Reda Demi Pengantin

HASRAT seorang pemuda untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya tidak kesampaian apabila dia terp4ksa menjalani kuar4ntin kendiri di rumah.

Namun, majlis tetap berlangsung dengan meriah apabila sekeping kadbod bersaiz manusia yang memaparkan wajah rakannya itu dibawa sehingga ke pelamin untuk sesi fotografi.

Berkongsi pengalaman, pengantin lelaki, Muhammad Nadzmi Mohmad Sakarnor berkata, rakan baiknya, Syafiq Shaharizal tidak dapat menghadirkan diri pada majlis persandingannya di Dewan Armada, Marina Putrajaya di Putrajaya pada Ahad lalu.

Pemuda berusia 28 tahun itu yang bernikah pada 4 Mac lalu memberitahu, dia mengenali Syafiq sejak 2012 sewaktu sama-sama belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

“Sepatutnya Syafiq hadir waktu saya nikah 4 Mac, dan majlis sanding di sebelah perempuan 5 Mac dan majlis saya pada 6 Mac. Baju dia untuk kesemua majlis dah siap.

“Tapi beberapa hari sebelum majlis, dia demam dan kemudian disahkan terkena jgk1tan. Jadi, dia tak dapat nak datang sebab kena kuar4ntin,” katanya kepada mStar.

kadbod member kuarantin 5

Kiri foto sebenar, kanan kadbod berskala besar.

Menerusi grup WhatsApp rakan-rakan, Nadzmi yang berasal dari Bangi, Selangor berkata, dia mencadangkan supaya gambar sahabatnya itu dicetak bersaiz A3.

“Saya nak juga dia ‘ada’ kat majlis saya. Jadi, saya minta seorang rakan untuk print gambar dia. Asalnya nak saiz A3 je untuk saya pegang masa bergambar nanti.

“Tapi kawan saya tu print besar sebab nak kasi lagi ‘nampak’ Syafiq di dalam gambar. Memang terkejvt juga mula-mula tengok poster sebesar itu,” kata jurutera itu yang mendirikan rumah tangga dengan Nur Syakerin Bahanuddin berusia 27 tahun.

kadbod member kuarantin 4

Pengantin (tengah) bersama rakan-rakan serta kadbod ‘Syafiq’.

Sementara itu, Syafiq mengakui berasa terkilan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya berikutan disahkan positif cov1d-19 pada Rabu minggu lalu.

“Memang frust dan down sangat. Dalam banyak-banyak minggu, minggu member nak kahwin itulah saya positif cov1d-19.

Saya nak juga dia ‘ada’ kat majlis saya. Jadi, saya minta seorang rakan untuk print gambar dia. Asalnya nak saiz A3 je – Muhammad Nadzmi Mohmad Sakarno

“Dah la kawan baik sendiri, siap pl4n nak nyanyi dua, tiga lagu kat majlis dia. Tapi nak buat macam mana. Saya reda,” katanya yang berusia 28 tahun.

Syafiq yang bertugas sebagai jurutera elektrik berkata, dia mengetahui mengenai kadbod yang tertera wajahnya pada malam sebelum majlis.

kadbod member kuarantin 6

Rakan-rakan mengabadikan kenangan bersama kadbod ‘Syafiq’.

“Masa tahu tu rasa m4lu dan tak tahu nak cakap apa. ‘Masuk air’ betul member ni. Ingatkan mereka m4lu-m4lu nak bawa kadbod besar tu.

“Tapi semua bersemangat, mereka siap ‘b0rak-b0rak’ dengan kadbod tu macam saya pula ada kat situ,” tambahnya.

Sementara itu, seorang lagi rakan, Mohamed Yassin Roslan berkata, dia mencetak kadbod berukuran 180 sentimeter (sm) x 60 sm itu bagi menampilkan kelainan.

“Kalau print saiz A3 dan frame macam nampak ‘orang men1nggal’. Saya survey dan jumpa kedai buat standee (kadbod) bersaiz besar tu, sekurang-kurangnya rasa kehadiran dia.” katanya.

kadbod member kuarantin 2

Kehadiran Syafiq ‘dirasai’ dengan kadbod memaparkan wajahnya.

Jurutera berusia 28 tahun itu bagaimanapun terlebih dahulu mendapatkan pandangan rakan-rakan termasuk kebenaran Syafiq yang menjalani kuar4ntin akibat jangkit4n

“Nasib baik Syafiq okay, jadi saya edit gambar dia sebelum hantar ke kedai untuk print dengan harga RM70. Ringan je kadbod tu, saya angkat seorang ke majlis.

“Cumanya payah sikit sebab masa tu hujan, jadi saya kena red4h sambil bawa kadbod tu,” ujarnya secara bersel0roh.

Sumber: mStar

Harap Maaf