“Jangan Taksub” – Itulah Nasihat Naim Daniel Kepada Peminatnya

DALAM keadaan kemeIut politik negara ketika ini yang tidak stabil selepas perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, ramai yang kesaI dengan perebutan kuasa yang berlaku disaat kita masih berprang dengan pndemik COV1D19.

Mengulas mengenai apa yang berIaku ketika ini, pelakon dan penyanyi Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, menasihatkan agar kita semua tidak taksub dengan ahli politik sebaliknya rakyat perlu bercakap dari perspektif sebagai rakyat.

“Senang, nak beri pendapat sekali pun, bercakaplah dari perspektif rakyat. Dari situ kita akan belajar empati.”

“Ahli politik akan terus bersilih ganti, jangan taksub dengan mana-mana mereka,” ciapnya dalam Twitter semalam.

Tambah Naim lagi, tidak kiralah kerajaan atau pembngkang yang memerintah, sebagai rakyat kita kena terima setiap perkara baik dan menegur jika buruk.

“Kerajaan mahupun pembangkang, yang baik terima dan buruk kita tegur. Berdiri dengan rakyat,” katanya.

Sejak semalam, beberapa selebriti tanah air menjadi bahan bualan netizen selepas mereka melontarkan pendapat berkaitan kemeIut politik tanah air yang berlaku ketika ini.

Terdahulu, Naim dilihat kerap menyuarakan isu rakyat yang tidak makan ak1bat pndemik dan meluahkan kekecewaannya melihat k3s penuIaran COV1D19 yang meningkat ak1bat Iockdown yang tidak sistematik. Dia juga dilihat turun padang memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Malah, Naim terang-terangan menyertai pr0tes meng3cam t1ndakan pemerintah dengan tanda pagar #LAWAN.

sumber : cari.com

Harap Maaf