Indonesia Hentikan Ujian Dara Untuk Rekrut Tentera Wanita

INDONESIA akhirnya memutuskan untuk menamatkan tradisi ujian dara bagi wanita yang mahu menyertai pasukan tentera di republik itu.

Media meIaporkan bahawa prosedur yang dikenali sebagai “ujian dua jari” itu dilakukan terhadap golongan tersebut bagi memastikan selaput dara masih utuh.

Mereka yang disahkan tidak lagi mempunyai dara akan ditolak daripada menyertai pasukan keselamatan negara itu.

Pemeriksaan itu diwajibkan kepada wanita yang mahu menyertai tentera dan juga berkahwin dengan pegawai tentera.

Langkah itu disambut baik Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) yang memperjuangkan 1su berkenaan sekitar 2014 hingga 2017.

Ketua Staf Tentera Indonesia, Jeneral Andika Perkasa mengesahkan amalan sejak 1965 tahun itu kini sudah berakhir dan memaklumkan wanita akan direkrut berdasarkan prosedur sama seperti dilakukan untuk golongan lelaki.

Tentera Indonesia Henti Ujian Dara Wanita

Menurutnya, para wanita akan dipilih berdasarkan kemampuan mereka mengikuti proses pendidikan tentera.

“Selepas ini, tidak akan ada pemeriksaan (perubatan) di luar tujuan tersebut. Ada yang tidak relevan dan kita tidak boleh melakukan pemeriksaan seperti itu lagi.

“Kita harus menggunakan cara sama ketika merekrut wanita,” katanya.

Ujian dara dibuat agar tidak ‘menjatuhkan imej tentera’

Sebelum ini, kumpulan hak asas1 mendesak agar Indonesia menghentikan ujian dara bagi wanita yang mahu menyertai pasukan tentera republik itu, dengan menyifatkan prosedur tersebut sebagai “zaIim” tidak berperikemanus1aan dan mejatuhkan maruah.

Ketika itu, pasukan keselamatan negara mempertahankan ujian tersebut dengan menyatakan bahawa individu yang rendah moral dikhuat1ri akan “menjatuhkan imej tentera”.

Mereka dianggap akan mencemar nama baik tentera yang memikul tanggungjawab ke atas kedaulatan negara, penyatuan wilayah dan keselamatan bangsa.

Bukan tentera sahaja, pasukan polis Indonesia juga berdepan dengan kritikan apabila memaksa calon wanita melakukan ujian pemeriksaan itu.

Kumpulan itu menyifatkan amalan pemeriksaan tersebut sebagai “keg4nasan berasaskan jantina” dan mendakwa ia tidak disokong secara saintifik sebagai kaedah membuktikan seseorang wanita itu berstatus dara.

Mereka yang terlibat dalam menjalankan pemeriksaan itu mendedahkan bahawa amalan itu menyakitkan, memalukan dan meninggalkan trauma, lebih-lebih lagi apabila yang memeriksa mereka ialah lelaki.

sumber : Odisi

Harap Maaf