Ibu Ozlynn Kembali Ke Rahmatullah

PELAKON Ozlyn Wati atau Ozlynn berkongsi perkhabaran duka mengenai pemergian ibunda tercinta, Rozidah Jumari di Instagramnya.

“Kepada yang mengenali ibunda kami, Rozidah binti Jumari, beliau telah pun kembali ke Rahmatullah dan semoga meninggalnya khusnul khatimah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

“Jika ada sesiapa yang pernah terasa hati dengan beliau harap ampunkan dosa-dosa ibunda kami, jika ada yang berhutang dengan ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu adalah sifat beliau, tetapi jika ibunda kami ada terhutang pada kalian sila hubungi kami.

“Dan yang pasti gambar bahagia itu diambil pada awal Ramadan tahun ni sebelum PKP dan pasti bukan gambar terakhir ibunda berjemaah dengan kami,” tulisnya.

Begitupun, Ozlynn akui reda dengan pemergiaan ibunda tercinta.

“Ya Allah, kami reda atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah beliau di sisi hambamu yang beriman.

“Terima kasih pada semua yang tak henti-henti call text doakan ada yang tak kenal pun… Yang DM tak henti-henti doakan untuk ibunda kami,” tulisnya lagi.

sumber : OiJom, Instagram Jozlynnhanania

Harap Maaf