Ibu bapa Yana Samsudin P0sitif C0vid19

PELAKON, Yana Samsudin berkongsi berita duka mengenai 14 anggota keluarganya di Johor yang dis4hkan pos1tif Cov1d19 termasuk ibu bapa tersayang.

Kesemua mereka dan ibu bapanya kini diarahkan menjalani kuarant1n kendiri di rumah.

“Memang saya sangat risau kerana saya berada jauh dari keluarga. Lagi pula, ibu bapa saya pun sudah berusia dan menetap sendiri.

“Lebih merisaukan adalah, ibu saya yang kini berusia 60 tahun ada masaIah buah pinggang manakala bapa saya yang berusia 76 tahun ada masalah paru-paru,” katanya kepada media.

Selain ibu bapanya, dua kakaknya serta keluarga mereka juga turut dis4hkan pos1tif.

“Kesemua mereka bersama anggota keluarga masing-masing kini menjalani kuarant1n di rumah,” katanya.

Dalam temu bual sama, Yana menasihatkan masyarakat supaya menjalani pemeriksaan dan ujian calitan sekiranya mengalami sebarang tanda awal yang mencurigakan.

“Kak Ngah (kakak kedua) saya pada awalnya sekadar batuk biasa dan dia menyangka bahawa itu adalah ksan daripada rambutan yang dimakannya.

“Bila saya bercakap dengannya melalui telefon, saya dapat dengar batuknya yang bukan seperti batuk biasa. Saya pujuk dia untuk menjalani ujian calitan untuk satu keluarga dan semuanya pos1tif termasuk lima anak dan suaminya.

“Selepas itu, Kak Long (kakak pertama) saya pada awalnya tak ada sebarang s1mptom, cumanya anaknya ada tanda-tanda nak selesema.

“Saya minta dia sekeluarga menjalani ujian calitan dan keputusan menunjukkan dia dan empat anggota keluarga yang lain, pos1tif.

“Kalau ada sebarang tanda-tanda yang mencurigakan, tolonglah buat ujian calitan secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.

Menurut Yana, dia juga faham dengan situas1 yang berlaku dan harga ujian calitan yang agak mahal.

“Saya faham, kadang-kadang ada orang yang ekonominya tak mencukupi kerana harga ujian calitan yang agak mahal. Jadi, sebagai keluarga, kita cuba untuk sama-sama membantu satu sama lain,” katanya.

sumber : Harian Metro

Harap Maaf